Assalamualaikum...
Semoga kita semua berada dalam lindunganNya
Hari ini nak cerita pasal air kencing kotor.Semoga kita semua berada dalam lindunganNya
Masalah ni seringkali terjadi pada ibu2 hamil.
Alhamdulillah..sepanjang saya hamil dari anak pertama hingga anak ke 4 semuanya berjalan lancar. Tidak pernah ada masalah kencing kotor.So, nak buat entry ni selain utk disebarkan ilmunya, untuk pengetahuan diri sendiri juga.
Apa punca sebenar air kencing kotor??
Punca sebenar ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing, membiak dan terus ke buah pinggang.
Wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana
selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.
Sewaktu hamil otot saluran kencing sangat lemah dan menyebabkan
ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan
ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.
Air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman
dan kuman tu akan membiak.
Bagaimana mencegah kencing kotor??
~bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
~minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.
~terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
~selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang
untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
~sebelum melakukan hubungan seks buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.
~tukar tuala wanita dengan kerap.
~kurangkan minuman manis dan berkafein.
sumber:drzubaidi.com
Vitamin Shaklee yang boleh membantu masalah kencing kotor
Nak buat pesanan?? Hubungi saya
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan