Langkau ke kandungan utama

Kentut :-)

Hari ini saja nak release tension. Sebab tu cari entry yang macam gini. Tapi jangan pulak marah marah, kentut tu kan semulajadi, cuma janganlah kita menyalahgunakan kentut  dengan berkentut sesuka hati..:-) Bunyi macam tak senonoh tapi tu lah hakikatnya, itu rutin kita. So, kita kenalah tahu sebab apa kita kentut. Jangan asyik ingat sebab sakit perut, sebab makan telur, or sebab nak buang air besar. Kentut ni memang tak da cara nak atasi. Nak tak nak kena kentut jugak, tapi control lah sikit.Jangan lepas ikut suka hati ja.


Dari mana datang kentut ni?
Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari bontot. Tapi sebenarnya, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Bukan lah bontot punca sebenar kentut!

Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk?
Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Maksudnya, diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang boleh membunuh.

Berapa banyak kita mampu kentut sehari?
Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Lepas ni boleh lah kira berapa kali kita kentut..hihi
Tapi ada je yang kentut tak sampai 14kali kan?

Selain jenis makanan, apa lagi penyebab kentut?
  • Tertelan udara
  • Makan terburu-buru
  • Makan tanpa dikunyah
  • Naik pesawat udara kerana bila tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut.
Kentut sama ke dengan sendawa, tapi muncul dari lain lain lubang?
Sebenarnya tak sama. Sendawa datang dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, tapi kentut lebih banyak mengandungi gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Kalau kita tahan kentut, mesti kentut tu hilang kan?
Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.

Kentut boleh sebabkan kebakaran, tak percaya?
Kentut mengandungi gas metana dan gas hidrogen yang boleh menyebabkan kebakaran. Kalau terbakar, nyalaan berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen. Kalau nak try, boleh try kentut depan unggun api.Ada berani?
Bagi yang banyak angin dalam badan tu, cubalah makan Peppermint Ginger Plus Shaklee


Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


 
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…