Assalamualaikum semua, hari ini nak bongkar masalah sakit kepala.
Maklumlah kebelakangan ini panas tak menentu.Kepala pun sering sakit kan?
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik.
Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh
makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit
migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika
kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan
juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama
migrain
- Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
- Bunyi dan bau kuat.
- Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
- Tekanan emosi atau stres
- Merokok
- Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
- Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita).
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah
berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian
menguncup secara mengejut.
Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain
yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas
menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.
Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan
sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi
pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat
melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.
Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara
alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural
adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa pengambilan supplemen
lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin
semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi
seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan
kesihatan badan.
Mari kita
lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:
Kalsium bukan sahaja membina
tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan
masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran,
dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan
fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.
Magnesium pula mustahak dalam
mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah
menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium
dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya
berlaku.
Vitamin D pula penting untuk
penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan
boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Vitamin B2 (riboflavin) dan
Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan
migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda
bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain
seperti depresi dan strok.
Bagi pesakit migrain, adalah
dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa
tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu
juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.
Berubah lah sekarang demi kesihatan berpanjangan. Jangan biarkan migrain menjadi mimpi ngeri anda.
Hubungi saya
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan