Langkau ke kandungan utama

Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

1. Protein - Energizing Soy Protein (ESP)
Sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi iaitu semasa perut masih kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding waktu yg lain. Maka, semua asid amino dapat diserap dengan berkesan.

2. Alfalfa Complex
Jangan diambil bersama vitamin E atau GLA complex. Alfalfa akan menghalang penyerapan vitamin E dgn berkesan. Ini kerana Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah vitamin yg berfungsi dengan baik jika ada lemak. Serat amat suka menyerap lemak.

3.Ostematrix/Kalsium
Ambillah kalsium sebelum tidur. Kalsium tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah vita-Lea Multivitamin)

4.Vitamin C Sustained Release Shaklee
Sekiranya selsema dan demam, vitamin c dipatahkan dahulu sebelum ditelan.Untuk mempercepatkan proses penyerapan berlaku. Vitamin C juga boleh dilarutkan dengan sedikit air dan dijadikan masker muka.

5.Vita-Lea Multivitamin
Jangan di ambil bersama susu dan sumber kalsium yg lain seperti ostematrix. Ini kerana ia boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron). Di ambil bersama dgn vitamin C ini kerana iron memerlukan vitamin C untuk mudah diserap. Sebab itu di dalam Vita-Lea ada mengandungi 60mg vitamin C.

6. Vitamin larut lemak (A, D,E,K)
Di ambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
Ia boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jika anda seorang peminat coffee atau nescafe...boleh la minum 1 jam sebelum atau selepas pengambilan vitamin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…