Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Bulan ramadhan ni, penyakit -penyakit seperti gastrik selalu je muncul. Kenapa ya? Mari kita selongkar apa punca dan cara mencegah penyakit gastrik.
Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota.
Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota.
Sebenarnya, masalah
gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani. Ini adalah
kerana masalah ini adalah seperti hantu, ia boleh menyerang anda minggu
ini dan kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara
tiba-tiba.
Terdapat pelbagi
faktor yang menyebabkan masalah gastrik asid, ada yang mengatakan bahawa
ia adalah berpunca daripada cara permakanan, ada pula yang mengatakan
ia berpunca daripada jangkitan bakteria, berikut adalah punca-punca
gastrik yang biasa kita dengar:
Makanan Pedas |
Orang yang gemar makanan
pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini
adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus
gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera
dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.
|
Makanan Masam |
Seperti dengan makanan
pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik
yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong,
lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada
hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.
|
Makanan Goreng |
Makanan yang digoreng
adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam
perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus
merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.
|
Merokok |
Beberapa kajian sains
menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan
kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf
otak anda yang memberi rasa 'high' itu, maka ia turut boleh merangsang
pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
|
Kopi atau Teh |
Kopi dan teh mengandungi
kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus
gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak
apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang
dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.
|
Tekanan Emosi |
Cara hidup moden adalah
penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu
sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam
penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik
adalah salah satu daripadanya.
|
Jangkitan Bakteria H. Pylori |
Kajian terbaru
menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang
bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara
tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut
dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan
ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini
turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit
kanser perut pada masa depan.
Berikut dinyatakan beberapa tips untuk mencegah gastrik ketika bulan puasa.
1. Berbuka secara ringan
Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik,
tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan
sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka
supaya perut yang sehari berehat tidak “terkejut” Sebaiknya berbuka
dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau
sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib,
kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
2. Tidak berbuka terlalu berat
Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan
berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah
ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke
bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya
sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk
melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
3. Makan makanan yang mengandungi sulfur
Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan
kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah.
Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem
penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut
akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak
akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan
makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya
seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang
merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di
perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat
terawih bukannya ketika berbuka.
5. Elak makanan tinggi lemak
Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada
perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan
bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak
hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah
lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.
6. Makan secara sederhana
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid
hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut
selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan
mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan
sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum
kenyang.
|
Hubungi saya
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
|
Ulasan