Langkau ke kandungan utama

Kurus Itu Cantik? Cantik Itu Kurus?


 
Apakah pandangan anda mengenai kenyataan ini? Kurus ataupun langsing memang impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Sering kali cantik itu sering dikaitkan dengan kurus.

Kurus itu cantik. Dua benda yang sangat sinonim. Wanita berbadan gemuk tak menarik. Semua orang mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Apatah lagi bagi anak2 remaja zaman kini,  mempunyai bentuk badan yang ramping adalah satu kepuasan.

Wanita terutamanya sanggup buat apa saja semata-mata utk dapatkan bentuk badan idaman. Ada yang sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit untuk melakukan pembedahan membuang lemak yang ada dalam badan.

Bagi sesetengah remaja, kurus membolehkan mereka melangkah dengan  bertenaga dan lebih yakin. Berat 45 kilogram dan ke bawah adalah berat yang ingin dicapai bagi golongan yang berbadan besar.

Pernahkah kita berfikir mengapa saiz S menjadi pilihan ramai gadis? Tapi dengan pemakanan yang tidak boleh dikawal, bagaimana impian langsing akan jadi nyata? Makan itu boleh tetapi perlu ikut peraturan.Macam mana nak kurus kalau makan sesuka hati dan ikut rasa hati.

Makan secara baik bukan saja  melangsingkan badan, malah sangat memberi kesan positif kepada kesihatan. Diet itu perlu bagi sesiapa yang bertubuh gempal melebihi tahap BMI, namun diet yang melampau dan melebihi batas kemampuan badan perlu dihentikan dengan segera. Cuba check berapa berat ideal anda yang sepatutnya kat bawah ni:-
Anda tergolong dalam kumpulan mana? Kurang berat badan, unggul, berlebihan atau obes? 

Terdapat beberapa tip atau petua mudah untuk menguruskan badan dengan cara makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh semua. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata-mata.

Kesihatan itu lebih mahal harganya daripada bentuk badan yang cantik. Petua pertama adalah elakkan makan makanan ringan seperti kerepek, biskut dan snek. Ini kerana biasanya makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan di samping pelbagai bahan pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

Pastikan setiap makanan atau menu yang diambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air.

Petua yang kedua ialah pengambilan protein sihat iaitu `protein putih'. Kurangkan sumber `protein merah' seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih boleh diperoleh melalui ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang.

Makan banyak buah dan sayur-sayuran adalah petua yang ketiga. Seperti yang kita ketahui, buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai pelbagai khasiat antioksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan.

Banyakkan minum air kosong atau air mineral adalah petua keempat. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Sentiasa minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong sehari.

Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi. Amalkan pengambilan suplemen adalah petua yang kelima seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E, antioksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium dan zink.

Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan. Oleh itu saya syorkan anda mengambil Omega Guard Shaklee kerana Omega Guard mengandungi Omega-Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita disamping dapat menstabilkan paras gula dalam darah.

Selain Omega Guard, Alfalfa Complex turut berperanan membantu menguruskan badan. Ini kerana ia bertindak mendetox toksin, lemak dan sisa kumuh dalam usus kita. Ia juga memudahkan penyerapan zat-zat atau nutrien dalam badan disamping sebagai pelawas bagi mengelakkan masalah sembelit. 

Saya juga mengesyorkan anda mencuba Cinch Shake dari Shaklee. Ia mempunyai 3 perasa iaitu Vanila, Coklat dan Cafe Latte yang sedap. Cinch membantu menghalang kehilangan otot disamping melindungi metabolisma dan meningkatkan kehilangan lemak tanpa kesan yo-yo diet.

Petua ini jika diamalkan akan menyumbang kepada berat badan yang ideal dan juga kesihatan yang baik. Tidak salah kalau mencuba andai sememangnya mahukan tubuh badan yang cantik.
 

Kurus itu cantik, gemuk itu menawan.

Nak tahu Set Kurus yang lain, sila klik sini


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=acf922154627f6788918f03c42b123cd

Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am