Langkau ke kandungan utama

Jeragat, Kenapa Terjadi Dan Cara Atasinya

 
Rasa malu nak keluar rumah kalau kulit muka macam ni kan? Muka yang lain bersih dan mulus aje..kenapa muka aku pulak ada bintik-bintik hitam dan noda-noda hitam.? Itulah jeragat namanya. Jeragat?? Apa itu? Jeragat atau nama perubatannya Melasma adalah masalah kulit yang sering berlaku di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Ia biasa terjadi pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. 

Kawasan pipi adalah kawasan yang sering jeragat kelihatan. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Semasa mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doktor anda.

Mengapa jeragat terjadi?

1) Kerana kulit terdedah kepada cahaya matahari terik

2) Penggunaan hormon. Cthnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai

4) Keturunan.

Rawatan untuk melasma.

Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigmen yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigmen baru terbentuk. Cara-caranya adalah:


1) Pengelupasan Kimia

Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan pengelupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Ia agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya, 50-70% melasma akan berkurang.




2) Laser

Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).




3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.

Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.




4)Krim dan Sunblock

Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.


Collagen Powder, Esp, Vitamin E, B-Complex dan Vitamin C keluaran Shaklee adalah antara yang terkandung dalam Set Jeragat Shaklee. 

 
Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen dan memberi kulit yang lebih cerah, tegang dan gebu.

Vitamin E penting kepada tubuh badan kita kerana ia juga dikenali sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Ia juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Oleh itu, pengambilan Vitamin E membantu dalam mengurangkan jeragat. Protein yang mencukupi juga berupaya membantu mengurangkan masalah jeragat pada kulit wajah.

Mengamalkan vitamin shaklee yang teratur boleh membuatkan anda tersenyum lebar sebab hasilnya pasti superb. Jom kita lihat testimoni mereka yang telah menggunakannya..
Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masalah jeragat, marilah berubah kepada kecantikan. Tidak salah berbelanja lebih untuk hasil yang hebat. Kesannya anda akan berpuas hati..nak beli sendiri, klik sini :-)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=418bf1ce1437adeeb5d0352fcd92b1d2
Hubungi saya 
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

 
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…