Langkau ke kandungan utama

Kolesterol Tinggi - Atasi Dengan Phytocol ST

 
Uiii..terliurnya tengok burger tu kan? Mmmm sedap sehingga menjilat jari..:-)
Haa, tulah salah satu makanan yang boleh menyebabkan kolesterol kita tinggi. Mana taknya kalau setiap hari dok menghadap makanan ni..cepat dan senang didapati. Sebab itulah kolesterol pun senang nak bertenggek..hihi

Ada banyak hal yang menjadi penyebab atau pencetus timbulnya kolesterol tinggi dalam darah. Peningkatan kadar kolesterol paling banyak disebabkan oleh pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak tepu, gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang, gaya hidup yang salah dan tabiat buruk yang menjadi rutin sehari-hari.
Berikut  2 faktor penting yang menjadi penyebab kolesterol semakin meningkat, diantaranya adalah:

1 Faktor yang tidak boleh dikawal
a. Keturunan. Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinan anak mempunyai bakat unutk mempunyai kolesterol yang tinggi juga, risiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak berbanding orang tua.
b. Usia. Setelah usia mencapai 20 tahun, kolesterol turut cenderung meningkat sama. Pada lelaki, kolesterol akan mudah naik selepas umur 50 tahun, manakala bagi wanita pula, kolesterol akan mudah  naik setelah menopause.

2 Faktor yang dapat dikawal
 
a. Makanan yang banyak lemak tepu, seperti mentega, biskut, dan makanan segera
b.berat badan berlebihan
c. kurang bersenam
d. merokok
e. Gaya hidup yang tidak sihat
f. stress
g. kencing manis
h. Minum kopi yang berlebihan
i. Diet yang salah
j. obesiti

Ada juga penyebab lain timbulnya kolesterol jahat dalam tubuh atau darah, iaitu:

1 Penggunaan makanan yang tidak sihat
Banyak makan makanan yang tidak sihat hanya akan membuat tubuh mudah diserang penyakit dan mengalami banyak aduan gangguan kesihatan. Makanan yang umumnya kita gunakan sehari-hari pastinya mengandungi lemak, namun lemak tak selamanya buruk bagi tubuh asalkan kadar lemak yang kita peroleh dari makanan tak melebihi batas normal. Banyak mengambil makanan yang tinggi lemak atau lemak tepu akan membawa kesan buruk bagi kesihatan tubuh yang salah satunya adalah kolesterol.

2 Kurang aktiviti fizikal
Terlalu banyak diam atau jarang bergerak hanya akan membuat tubuh semakin lemah dan fungsi kerja organ tubuh tidak optimum. Bersukanlah sekurang-kurangnya 2-3 kali dalam seminggu selama 30 minit setiap sessi. Sukan yang teratur dan sesuai dengan kemampuan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

3 Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia berbahaya bagi kesihatan tubuh yang juga mempengaruhi sistem kardiovaskular dalam pelbagai cara, termasuk menurunkan kadar oksigen dan mencetuskan kerosakan pada jantung. Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Adam Gepner dari sebuah University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa merokok boleh meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.

4 Umur dan jantina
Umur dan jantina juga mempengaruhi seseorang untuk diserang kolesterol. Suatu masa dulu, Kolesterol hanya menghidapi seseorang ketika usia tua, namun kini usia muda pun terdedah dengan kolesterol yang secara perlahan mula meningkat. Umumnya kolesterol hinggap pada lelaki ketika memasuki usia 50 tahun keatas dan pada wanita umumnya ketika memasuki masa menopause.

5 Berat badan berlebihan
Jika seseorang berlebihan berat badan serupa dengan tubuh yang menyimpan banyak lemak dan kalori. Seseorang yang berlebihan berat badan pastinya terdedah kepada banyak penyakit, bahkan penyakit kolesterol pun siap mengintai. Semakin banyak lemak dan kolesterol yang terkandung dalam darah, semakin buruk keadaan dan tahap kesihatan akan mengalami gangguan. Untuk itu kita disyorkan melakukan diet sihat, mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan banyak bersenam.


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau rendah dan sedang dalam rawatan doktoe, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen. Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen Shaklee nanti akan mempunyai tindak balas dengan ubat yang anda ambil.

Perlu diingatkan juga, sekiranya anda ingin menurunkan kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, supplemen bukanlah ''ubat ajaib'' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Phytocol ST keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Phytocol ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol didalam tubuh.

Perbezaan Phytocol ST Shaklee adalah : 
  • diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian utk merendahkan paras LDL kolesterol
  • Kandungan fisoterol yg mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=89db6efaa2613d91fc745b3d50d2bf1a

Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

 
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…