Langkau ke kandungan utama

Tips Mata Sihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada zaman serba moden kini,  komputer @ laptop adalah alat penting dalam kehidupan di era moden ini. Semua orang bagai tak boleh dipisahkan dengan komputer, laptop atau alatan gajet yang lain baik untuk bekerja, belajar ataupun main games. Terlalu lama berada di depan komputer menimbulkan kesan negatif bagi kesihatan badan kita terutama kesihatan mata.Kurangnya aktiviti fizikal juga membuatkan tubuh kita tidak membakar kalori dan akhirnya akan membuat perut kita buncit...heeee

Terlalu lama menatap skrin komputer atau apa apa bahan gajet yang lain turut  menimbulkan kesan serius bagi kesihatan mata. Berdasarkan kajian yang dilakukan, radiasi gelombang elektromagnetik yang dipancarkan skrin komputer boleh menyebabkan keletihan mata dan gangguan mata yang lain. Gangguan lain akibat bekerja terlalu lama di depan komputer juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit leher dan bahu. Sekiranya kegiatan sehari-hari anda adalah di depan komputer maka anda perlu memberi perhatian kepada aspek kesihatan dengan selalu melindungi dan merawat kesihatan mata anda.

Berikut tips agar mata sihat semasa bekerja di depan komputer:

1 Atur kecerahan skrin monitor
Penting untuk menetapkan kecerahan skrin monitor agar selesa ketika digunakan. Skrin yang terlalu cerah akan membuat mata cepat lelah dan sakit.

2 Gunakan screen protector
Pertimbangkan untuk menggunakan screen protector / pelindung skrin pada komputer / laptop anda. Screen protector berfungi mengurangkan kesan radiasi yang dipancarkan skrin komputer.

3 Atur jarak pandang
Ideal, jarak pandang antara skrin monitor dengan mata adalah 45 cm. Terlalu dekat mata anda dengan skrin monitor, maka akan membuat mata cepat lelah dan sakit.

4 Mengistirahatkan mata secara berkala
Biasanya kita mengedipkan mata 18 kali setiap satu minit. Namun ketika di depan skrin komputer kita akan terpaku dengan pekerjaan yang sedang dihadapi sehingga akan lebih sedikit untuk berkelip. Jika anda memerlukan masa lama untuk bekerja di depan komputer, ambillah masa setiap dua jam sekali untuk berehat.

5 Alihkan perhatian sejenak
Menggunakan komputer akan membuat mata anda tertumpu hanya pada objek di monitor. Sebaiknya alihkan pandangan beberapa saat untuk memperhatikan hal sekitar agar mata tak cepat lelah.

6 Perbanyak pengambilan buah dan sayur
Buah-buahan dengan kandungan vitamin A yang tinggi sangat baik untuk kesihatan mata. Untuk itu, banyakkan makan buahan buahan dan sayuran yang sememangnya baik untuk mata anda.

7 Lakukan ujian mata secara berkala
Ini juga tak kurang pentingnya. Untuk mengetahui keadaan kesihatan mata anda, sebaiknya jumpalah  doktor pakar mata setiap 3 bulan sekali

Anda juga boleh mengamalkan supplemen shaklee untuk kesihatan mata anda. Tahukah anda Caratomax Shaklee mengandungi buah buahan dan sayur sayuran yang sememangnya baik untuk mata.
Untuk bacaan lanjut, boleh juga layari http://noorzamris.blogspot.my untuk kebaikan Caratomax yang lain..

 Kini, anda boleh beli terus dengan klik sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=945beadd1794ee1affd8a65dad8b844e

Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…