Langkau ke kandungan utama

Berapa Lamakah Masa Untuk Saya Hamil

Assalamualaikum semua, ada yang dah kahwin bertahun2 tapi belum ada rezeki nak timang cahaya mata..ada pulak yang baru kahwin sebulan terus bunting pelamin. Secara umum, pasangan subur mempunyai kemungkinan yang baik untuk hamil dalam masa setahun.

  • Lebih kurang 30 akan hamil dalam satu bulan.
  • Lebih kurang 60 akan hamil dalam enam bulan.
  • Lebih kurang 85 akan hamil dalam satu tahun.
Selebihnya pula akan mengambil masa yang lebih panjang dan sesetengah daripada mereka mungkin memerlukan bantuan untuk hamil.

Untuk memahami kenapa sesetengah pasangan mengambil masa lebih lama untuk hamil dan yang lain tidak, mungkin adalah membantu jika melihat kepada statistik. Pertama, setelah mencuba selama sebulan, pasangan subur normal adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi hamil daripada hamil. 

Pasangan subur mempunyai kira-kira 20 hingga 25 peratus kemungkinan menjadi hamil bagi setiap kitaran haid berikutan seks yang tidak terlindung. Tetapi ini hanya purata. Sesetengah pasangan mempunyai peluang yang jauh lebih rendah daripada ini (iaitu kesuburan bulanan yang rendah). Lain-lain pasangan yang amat subur mempunyai 60 peratus peluang untuk hamil pada mana-mana bulan tertentu (kesuburan bulanan yang tinggi).

Ini bermakna bahawa pasangan yang mempunyai kesuburan bulanan tinggi cenderung untuk mengandung dengan cepat, mungkin dalam masa beberapa bulan. Pasangan dengan kesuburan bulanan yang rendah mungkin mengambil masa yang lebih lama. Mengambil masa sehingga dua tahun untuk hamil adalah perkara biasa bagi sesetengah pasangan. Ini mungkin sukar untuk diterima jika ia berlaku kepada anda. Tetapi ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah kesuburan. Kira-kira separuh daripada pasangan-pasangan yang tidak hamil dalam tempoh setahun akan hamil pada tahun berikutnya, selagi mereka terus mencuba.

Apakah yang boleh menyebabkan kehamilan mengambil masa yang lebih lama?

Antara faktor yang boleh mempengaruhi peluang anda untuk hamil adalah seperti berikut:
  • umur, diet dan gaya hidup serta pekerjaan anda (sekiranya anda jenis yang sibuk dengan kerja, berkemungkinan besar anda akan lambat hamil);
  • umur suami, diet , gaya hidup dan pekerjaan dia;
  • anda mempunyai masalah kurangberat atau berlebihan berat badan;
  • mempunyai penyakit kronik;
  • keadaan reproduktif yang tidak sihat, seperti sejarah penyakit radang pelvis;
  • berapa kerap anda melakukan hubungan seks.
Jika anda dan suami (atau isteri) masih muda dan sihat, dan telah mencuba untuk mendapatkan bayi selama setahun, eloklah berjumpa dengan doktor keluarga anda atau pakar ginekologi. Dia mungkin mencadangkan beberapa penyiasatan awal untuk mengetahui sama ada anda berpeluang untuk hamil atau tidak.

Jika anda berusia 35 tahun atau lebih, maka dapatkanlah bantuan terlebih dahulu. Lakukan ini juga jika anda atau suami anda mempunyai masalah tertentu, seperti testis tak turun atau sejarah ovari polisistik yang boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Apa jua keadaan anda, berjumpa dengan doktor untuk mendapat pemeriksaan pra-kehamilan adalah idea yang baik.

Apa yang boleh menambahkan peluang saya?

 

Pastikan yang anda dan suami anda berada dalam keadaan terbaik untuk membuat bayi. Namun, mengadakan hubungan seks secara kerap tanpa perlindungan adalah kuncinya. Sasarkan untuk sekali dalam dua atau tiga hari dan bukan setiap hari, sebab seks setiap hari boleh mengurangkan kualiti sperma. Pakar-pakar bersetuju bahawa pendekatan ini mengoptimumkan peluang anda untuk hamil.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa menentukan dengan tepat bila anda mengovum akan membantu dan supaya mengadakan hubungan seks ketika itu. Memang benar teknik inilah yang terbaik. Peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi di hari-hari dalam kitaran haid ketika anda paling subur.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar kesuburan menasihati tentang tidak menggunakan teknik yang rumit bagi mengesan ovulasi dan terus mengatur kegiatan seks anda untuk beberapa hari tertentu bagi setiap kitaran. Adalah didapati bahawa cara begini mendatangkan lebih stres daripada yang sepatutnya. Apa yang ketara, ia tidak menambahkan peluang anda untuk hamil.

Kadangkala kerja atau gaya hidup anda merumitkan perlakuan seks secara kerap, namun, anda berazam untuk mempercepatkan kehamilan. Terdapat beberapa teknik mudah yang anda boleh cuba yang tidak akan mendominasi kehidupan anda. Anda boleh cuba memahami beberapa tanda yang lebih ketara yang menunjukkan bahawa badan anda menghampiri ovulasi, seperti penambahan mukus vagina. Atau cuba gunakan kit peramal ovulasi. Dengan cara ini, anda boleh cuba memastikan bahawa anda melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali atau dua kali di masa-masa anda paling subur.

Secara umum, pendekatan yang lebih relaks disyorkan oleh pakar-pakar kesuburan. Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan setiap beberapa hari bermakna akan ada bekalan sperma di tempatnya pada bila-bila masa anda mengovum. Hanya dengan mengambil cara relaks dan menikmati kehidupan intim anda mungkin adalah cara terbaik untuk menambahkan peluang anda. 

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang ingin menimang cahaya mata atau menambah cahaya mata, agar jangan stress dan memikirkan untuk hamil. Ambil masa anda dan relaks..
Semoga perkongsian ini akan memberi sinar bahagia dalam hidup anda..:-)

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk subur dengan Set Kesuburan Shaklee.. sila hubungi saya, saya sedia membantu..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e0afd7d95fb431e6cdc5a35e2a800726
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


 
0138214890
noorzamris@gmail.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am