Langkau ke kandungan utama

Cirit Birit Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua. Tak tahulah sejak dua hari ini perut asyik sakit ja. Dahlah kerap kali berlaku. Asyik jumpa dengan Cik Tan saja..:-) So, hari ni nak cerita pasal cirit birit yang berlaku pada saya lah. Apa itu cirit birit?
Cirit birit adalah keadaan dimana kita membuang air besar dalam kadar yang kerap dengan najis yang berair. Ia biasanya berlarutan hanya dalam sehari atau dua hari dan ia bukanlah suatu penyakit yang serius. Cirit birit akut disebabkan oleh kurangnya cecair diserap dari dalam usus kecil atau usus kecil menghasilkan terlalu banyak cecair. Cirit birit akut ialah kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens), kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah.


Cirit-birit akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan cirit-birit. Cirit-birit yang berpunca daripada jangkitan kebiasaannya disebabkan oleh kuman virus. Akibatnya, lebih banyak najis cair daripada biasa.
PENYEBAB DAN SIMPTOM
  • Kemasukan virus, bakteria atau parasit
  • Kemasukan air yang tidak elok  atau makanan rosak
  • Alergi
  • Gangguan emosi
  • Terlalu banyak ubat laksatif
  • Ubat-ubatan tertentu (antibiotik seperti tetrasiklin, Klindamisin dan Ampisilin boleh  menyebabkan anda mengalami cirit birit)
  • Divertikulitis (penyakit usus)
  • Penyakit radang usus, biasanya ulser kolitis atau Penyakit Crohn
Penyebab
Tanda/Gejala
Virus Gastroenteritis
(Selsema perut)
Loya, muntah, cirit birit berair, demam, sakit. Biasanya berlaku selama 1-3 hari.
Jangkitan bakteria
Cirit birit akibat jangkitan bakteria, demam, menggigil, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis. Muntah jarang berlaku
Ketidakhadaman makanan / laktosa
Kembung, gas, kejang, najis menjadi cair, makanan lain yang berisiko. Tidak ada tanda-tanda penyakit atau jangkitan lain.
Ketegangan emosi
Kejang, najis cair, dialami selama masa ketegangan.
 
 PENCEGAHAN
 i) Cirit-Birit Berjangkit
  • Jagalah kebersihan anda. Selalu mencuci tangan sebelum menyiapkan makanan sendiri atau untuk orang lain.
  • Jauhkan tangan anda dari mulut anda.
  • Cuci tangan selepas bersalam dengan orang ramai.
  • Selalu mencuci tangan selepas menggunakan bilik mandi, dan waspada dari mereka yang tidak menjaga kebersihan tangan.
ii) Cirit Birit yang Tidak Berjangkit
  • Biasanya sukar untuk mengetahui penyebab cirit birit yang tidak berjangkit.
  • Jika ada hubungan jelas di antara cirit birit dan kejang yang berkaitan dengan   pengambilan produk tenusu beberapa jam selepasnya, maka berkemungkinan ia adalah disebabkan ketidakhadaman laktosa.
  • Jika masalah anda yang dipercayai menjadi lebih teruk akibat ketegangan atau gangguan emosi atau peristiwa, ia berkemungkinan adalah Sindrom Kerengsaan Usus Besar.
Keadaan ini boleh dicegah hanya dengan mengelakkan kejadian yang mencetuskannya seperti mengambil enzim penyerapan laktosa dengan produk tenusu atau mengelakkan makanan atau rempah-rempah tertentu yang boleh mencetuskan cirit birit. Cuba hindari sebarang keadaan yang menyebabkan ketegangan dan gangguan emosi.
PENJAGAAN KENDIRI
  • Berwaspada dengan dehidrasi (kehilangan air daripada badan).
  • Minum banyak air. Menghisap serpihan air batu juga dapat membantu. Berikut adalah beberapa sumber cecair yang boleh diambil:
    • Air
    • Air rebusan
    • Teh dengan gula yang sedikit
    • Minuman untuk bersukan (100 plus)
    • Campuran daripada empat sudu teh gula dan satu sudu teh garam dengan empat cawan air
    • Garam Rehidrasi Oral
    • Performance Drink Shaklee

  • Orang dewasa harus minum sekitar dua cawan setiap jam kecuali jika mereka muntah.
  • Anak-anak berusia lebih dari dua tahun boleh minum sehingga dua liter sehari.Tanya kepada doktor anda untuk membantu sekiranya anak anda haus, mengalami kekejangan, atau kelihatan lemah atau kebingungan.
  • Tanyakan kepada doktor anda apa yang harus diberikan kepada anak di bawah usia dua tahun.
  • Jangan minum air yang sangat panas atau sangat sejuk
  • Jangan minum jus epal kerana ini boleh menerukkan cirit birit, terutamanya kepada  kanak-kanak.
  • Jangan minum susu pada masa saat ini kerana ia  juga boleh menerukkan cirit birit.
  • Makan sedikit atau ambil makanan bukan pepejal untuk beberapa hari selepas itu.
 Apabila Cirit Birit mulai beransur pulih, ikuti petua berikut:
  • Makan diet B.R.A.T.B.R.A.T. ialah singkatan dari pisang masak, beras, sos epal dan roti bakar (Banana, Rice, Applesauce and Toast). Anda harus makan makanan ini sebelum anda cuba makanan yang lain.
  • Makan dalam jumlah kecil, makanan lembut seperti kentang yang dimasak.Jauhi dari daging, kacang-kacangan dan makanan tenusu.
  • Jangan makan-makanan yang tinggi serat seperti roti gandum atau bijirin bran.
  • Jangan makan makanan yang sukar untuk dicerna:              
    • Buah-buahan dan sayuran mentah
    • Makanan bergoreng
  • Jangan minum kopi (ia menyukarkan penghadaman)
  • Jangan bersenam terlalu kuat sehingga cirit birit hilang
  • Cuba ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Kaolin, Diphenoxylate, Loperamide dan lain-lain. Tunggu sekurang-kurangnya 12 jam sebelum mengambil ubat-ubatan. Biarkan cirit birit sembuh dengan sendiri untuk mengatasi penyebabnya. 
 Ikuti petua ini sekiranya cirit birit disebabkan oleh jangkitan:
  • Basuh tangan anda selepas menggunakan tandas.
  • Cuci tangan anda sebelum memasak.
  • Jangan berkongsi tuala dengan orang lain.
  • Keringkan tangan anda dengan tuala kertas dan buangkan tuala kertas tersebut.
 HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA…
  • Ada lendir, darah atau nanah dalam najis anda.
  • Cirit birit semakin teruk selepas dua atau tiga hari.
  • Anda tidak kencing dalam tempoh 12 jam.
  • Anda mengalami kekejangan dan kesakitan perut yang teruk.
  • Anda juga muntah.
  • Anda adalah pesakit diabetes atau penyakit kronik yang lain.
  • Anda hamil.
  • Anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi: jarang buang air kecil atau warna air kencing yang gelap, haus yang melampau, bernafas kencang, demam, dan mata cengkung.
Penjagaan diri, termasuk berehat dan minum banyak cecair, dapat membantu cirit birit. Tetapi sekiranya simptom berterusan, hubungi doktor anda untuk mendapatkan bantuan dalam proses penyembuhan anda. 
TANDA-TANDA DEHIDRASI
  • Air kencing berwarna gelap
  • Air kencing yang sedikit atau tidak kencing selama 8 jam atau lebih (2-3 jam bagi kanak-kanak yang kecil)
  • Mulut, lidah dan bibir kering, dan tiada air mata
  • Kulit tidak kembali kepada keadaan asal apabila dicubit
  • Mata, pipi atau abdomen cengkung atau terdapat bayangan gelap di bawah mata.
  • Perubahan pada pernafasan - samada laju atau perlahan atau dalam.
  • Kulit yang sejuk dan berlengas.
  • Kanak-kanak mudah marah, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Ubun-ubun bayi lebih lekuk daripada biasa.
 CIRIT BIRIT PADA KANAK-KANAK
  • Kanak-anak akan mudah mengalami dehidrasi yang membahayakan ketika mereka mengalami cirit birit.   
  • Bagi bayi, dehidrasi berbahaya biasa terjadi dalam beberapa jam. Hubungi doktor bila bayi anda mengeluarkan najis cair dan berair lebih dari satu kali dalam satu jam dalam tempoh  2-3 jam.
  • Doktor anak anda mungkin menyarankan anda memberikan susu dengan setengah kekuatan formula (formula biasa dicairkan dengan air) dalam jumlah yang kecil secara kerap.
  • Biasanya adalah selamat untuk bayi terus menyusui susu ibu.
  • Anda juga mungkin perlu mencuba formula bebas laktosa seperti susu soya.Tanyakan pada ahli farmasi anda.
  • Cuci dan sterilkan botol susu, putting susu, puting dan semua alat-alat yang digunakan untuk menyukat, mencampur dan menyimpan susu.
  • Simpan susu formula yang telah dibancuh ke dalam peti sejuk serta merta.
  • Buangkan lebihan susu atau formula.
  • Bagi kanak-kanak yang lebih besar, ikuti cara untuk orang dewasa tetapi jangan menggunakan ubat tanpa nasihat daripada doktor anda. Untuk kanak-kanak, berikan cecair dengan sedikit garam dengan kerap.
Harap artikel ini membantu. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang vitamin shaklee yang lain, jangan segan silu untuk hubungi saya.
 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


 
0138214890
noorzamris@gmail.com



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am