Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum

Alangkah beruntungnya ibu2 yang mudah bersalin. Tak perlu tunggu lama2 untuk melahirkan anak. Ada tak ibu2 kat sini yang mempunyai pengalaman mudah melahirkan? Jom kita kongsi bersama..;-)

Saya mempunyai 4 pengalaman yang berbeza semasa melahirkan anak2 saya. Anak yang pertama iaitu Ajmal Muhaimin..senak senak perut dari petang lagi..mak mertua suruh minum air kopi panas2 utk hilangkan senak. Alhamdulillah memang hilang sakit tapi sementara ja. Bila malam menjelang, bersihkan diri dan sedia hantar diri ke hospital. Dah namanya anak sulung, tak tahu sama ada itu tanda nak beranak atau tidak..hehe.Percaya tak, kelahiran anak saya yang pertama mengambil masa hampir 8 jam. Saya masuk dari jam 8.00 malam dan beranak jam 3.20 pagi. Hanya Tuhan yang maha mengetahui bagaimana perasaan saya pada ketika itu. Alhamdulillah, anak yang saya lahirkan sihat walaupun dia tak menangis ketika saya melahirkannya. Mulanya panik juga dan tanya doktor kenapa anak tak nangis? Doktor cakap saya tak pandai meneran. Hampir seminggu saya ditahan kat hospital dan anak ditahan kat nursery.Oh ya lupa nak share, sepanjang kehamilan pertama ni saya memang gemar minum air soya baik yang dalam kotak ataupun homemade soya..hasilnya anak saya putih jer..

Ketika anak pertama saya berusia 1 tahun 8 bulan, saya melahirkan anak yang kdua. Adib Muhaimin namanya. Dah scan dan tahu lelaki. Saya redha asalkan semuanya sihat dan dipermudahkan. Semasa mengandung anak yang kedua, saya asyik ulang alik ke hospital sebab kandungan gula saya tinggi. Kena pantau makan minum. Minum air glukos..(mmm...rasanya memang tak sedap). Masih ingat lagi, saya disuruh admit ke hospital semasa raya aidiladha. Pagi tu nak kata makan betul2 tak juga, makan ala kadar aja. Dah habis makan, saya pergi hospital, check bukaan rahim. Belum masanya, so kena rehat kat hospital. Malam nya saya di induce mempercepatkan kelahiran. Belum juga buka. Pagi esoknya nurse awal dah cakap agar bersihkan diri awal sebab nak g labour ward. Dalam hati bukan main dap dup dap dup. Benarlah kata pepatah, menunggu itu amat menyiksakan. Dalam menunggu tu, tetiba saya rasa memang nak kencing, tak tahan..tapi bila nak kencing, memang tak dapat. Tanya dengan kakak sebelah katil..dia kata memang tanda nak beranak. Dia suruh saya cakap kat nurse..nurse check dan bagi induce. Lepas tu terus pergi tandas..memang lega..Alhamdulillah lepas tu, terus dihantar ke bilik bersalin dan anak saya dilahirkan jam 3.40 petang.

Hampir 5 tahun saya merancang. Dan tanggal 8 Mei 2011, saya melahirkan anak saya yang ketiga iaitu Ummu Afrina. Pengalaman mengandung yang ke3 ni memang mencabar juga. Saya turut dipantau untuk kencing manis. Maklum lah umur kita makin meningkat, so  penyakit pun makin banyak yang datang.. Tapi, melahirkan anak saya yang ketiga ni amat mudah. Alhamdulillah..Saya sakit perut yang sekejap ada sekejap tidak dari pagi..Tepat jam 3 petang saya pergi ke hospital.Sebelum tu sempat lagi pergi makan dulu untuk ambik tenaga.Lepas makan terus g hospital. Sampai kat hospital check dan buat scan yang macam bunyi kuda tu..doktor asyik tanya tak da rasa sakit ke? Saya jawab memang tak sakit. Doktor check bukaan dan tanya saya dapat jalan tak? Saya kata ok. dia pulak tak confident dan suruh saya duduk kat kerusi roda dan sorong saya masuk dalam labour ward. Nurse pulak sempat tegur saya jangan asyik main hp..hehe..mana tak nya , nurse sibuk atur tempat saya pulak asyik bermesej..Tepat jam 5 petang, saya selamat melahirkan anak perempuan. Inilah princess yang saya nantikan..;-). Agaknya kerana excited nak dapat anak perempuan saya langsung tak rasa sakit sebaliknya excited nak dapat baby girl pula yang terlebih..hehe

2 tahun selepas tu, saya lahirkan anak saya yang ke-4 pula. Kandungan kali ni juga agak mudah. Alhamdulillah, walaupun mula2 mengandung asyik lemah tapi kalau part berjalan @ window shopping, cergas je..Kandungan ni juga disahkan perempuan dan saya namakannya Umairah Aina. Memang gembira sebab dapat sepasang laki dan sepasang perempuan. Syukur ya allah.. Saya bersalin yang ke-4 ni waktu maghrib...masih ingat lagi saya disuruh menyerah diri ke hospital walaupun tak sakit sebab memang dah due. tak boleh dilengahkan. Ini pun gara2 kencing manis jugak. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya dengan 4 orang anak ni, saya tak dijenguk dengan penyakit yg teruk hanya gula saja tinggi. Ini kerana faktor keturunan dan faktor makanan. Sebab lepas bersalin, selalunya kandungan gula dalam darah saya adalah normal. Masih ingat lagi semasa dalam labour ward, sakit datang sekejap sekejap. Sampai nurse asyik tanya sakit tak? Selalu jer nurse tanya soalan yang sama..Walaupun perut rasa memulas mulas tapi itu bukanlah tanda nak beranak. Dan bila tiba masanya sakit nak bersalin tu datang, nurse pun mula mengerumun dan push kita untuk keluarkan baby..memang semangat!!

Buat pengetahuan semua, sepanjang kehamilan saya memang gemar minum air soya. Dan semasa nak bersalin tu, saya selalu ja sebut 

Salah satu petua yang saya amalkan juga ialah semasa saya mandi, saya akan lurutkan air hujung rambut dan sapu ke perut dan berselawat dari kehamilan 6 bulan dan sehingga melahirkan anak.

Selain tu, saya juga amalkan senaman macam kat bawah ni semasa hamil sehinggalah di akhir kehamilan.
Makan buah kurma juga bagus kerana ia membantu memudahkan bersalin dan memberi tenaga kepada ibu.

Bagi ibu2 yang nak mengamalkan Set Bersalin Shaklee boleh beli dari sini


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b55d83ccddafa95f0dddb6e63d593cc9

Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


0138214890
noorzamris@gmail.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am