Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
*Minum sekurang-kurangnya 500ml jus delima sehari boleh menghindari masalah jaundis pada anak yang baru lahir
*Minum sekurang-kurangnya 500ml jus delima sehari boleh menghindari masalah jaundis pada anak yang baru lahir
Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak
yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam
darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan
bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel
darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih
tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
Lepas ni saya nak cari buah delima atau jus delima juga..;-).. Inshaallah
Dapatkan set pantang anda di sini
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan