Langkau ke kandungan utama

Ujian Ultrasound Penting Ketika Hamil?

Assalamualaikum semua
Semoga hari-hari kita dilimpahi dengan rezeki dan sentiasa berada dalam lindunganNya
 Hari ini nak cerita sikit kenapa time hamil kita perlu untuk melakukan ujian ultrasound. Bagi setiap ibu hamil, ujian ultrasound amat dinantikan kerana waktu inilah kita boleh melihat perkembangan bayi dalam perut kita. Bukan sekadar melihat jantina bayi saja ya..Antara tujuan sebenar ujian ultrasound diperlukan ialah seperti berikut :
Untuk memastikan kehamilan
Dengan ujian ultrasound, kehamilan dpt disahkan dengan lebih yakin lagi dan ianya boleh dikesan seawal minggu ke-4 dan ke-5.Pada masa tersebut juga biasanya embrio atau janin sudah kelihatan.

Menentukan usia dan dan saiz janin
membolehkan ukur lilit badan janin diketahui bagi menentukan perkembangan pertumbuhannya. Selain itu ia untuk menentukan usia kehamilan terutama bagi mereka yang tidak pasti bila tarikh terakhir haid mereka.

Mengesan sebarang ketidaknormalan
Sebarang kelainan atau pertumbuhan yang tidak normal boleh dikesan sejak awal agar dapat membantu untuk mengenalpasti masalah dan seterusnya mendapatkan rawatan atau penjagaan yang sesuai dengan keadaan kandungan.

Melihat kedudukan uri
Dengan ujian ultrasound, kedudukan uri atau plasenta boleh ditentukan. Ini penting kerana jika kedudukan uri tidak normal, ia boleh membahayakan kehamilan anda.

Paras air ketuban
Paras air ketuban juga boleh dipastikan melalui ujian ini. Sama ada air ketuban lebih atau kurang dari paras normal, kedua-duanya mempunyai risiko terhadap kehamilan anda.

Oleh itu, ibu -ibu yang mengandung jangan lah takut untuk melakukan ujian ultrasound k..happy lah sebab kita dapat melihat perkembangan bayi kita.



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…