Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Mengatasi Masalah Keletihan, Penat & Kurang Bertenaga

Assalamualaikum semua, musim panas macam gini mesti ada yang cepat letih kan? Mari kita rungkai apa jenis makanan yang boleh mengurangkan rasa letih pada diri kita.   Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Makanan dan vitamin yang sesuai adalah petua bagi mengatasi masalah ini.  Masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga ini boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit. Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang baik. Misalnya melalui makanan dan vitamin yang bagi menambah tenaga. 4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih: 1) Oatmeal. Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, teruta

SAKIT PERUT CIRIT-BIRIT

  Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut. GEJALA-GEJALA CIRIT BIRIT Peningkatan kekerapan membuang air besar. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen. Terdapat angin atau kentut yang melampau. Kehilangan selera makan. Adakalanya demam. Adakalanya terasa mual dan muntah. Sakit otot.  KOMPLIKASI Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk. Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:- Kehilangan 5-10% berat badan. G

Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda…sila baca!)

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit. Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok? Vitamin C Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di d

Gula Rendah

Apakah itu hipoglisemia? Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal. Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL). Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut. Apakah tanda-tandanya? Jantung rasa berdebar-debar Kepenatan Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat Tidak mampu untuk memberika

Masalah PELUPA

Salam sayang semua. Kebelakangan tok masalah "pelupa" mak makin jadi2, so nak tahu apa yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.Jom kita baca..  4 faktor yang menyebabkan masalah pelupa   Masalah pelupa kemungkinan berpunca daripada beberapa faktor luaran atau dalaman kehidupan seseorang. Persekitaran akan mempengaruhi otak kita. 4 faktor yang menyebabkan masalah pelupa. Stress - Tekanan yang kronik adalah seperti racun terhadap otak anda. Tekanan meningkatkan pengeluaran steroid semulajadi yang dipanggil kortisol. Ia mampu untuk merosakkan hippocampus yang berfungsi sebagai pusat ingatan otak. Kajian menunjukkan bahawa gaya hidup yang terlalu sibuk atau terlalu tinggi tekanannya akan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer. Mengandung - Ketika proses kehamilan, banyak perubahan didalam badan yang berlaku dan ia akan menjejaskan kesihatan mental anda. Selain daripada itu, perubahan hormon yang drastik akan

Kesihatan Hati Dengan DTX Complex

Jagalah hati kita! Salam ceria semua. Sentiasalah positif dalam kehidupan kita. Jaga tingkah laku diri dan elakkan menyinggung perasaan orang lain. Sentiasalah berbaik sangka dan jangan menyakiti hati orang lain. Sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain akan menyebabkan hati kita sentiasa bersih murni. Bercakap pasal sakit hati ini, tentu ramai yang tahu apa ubat penawar untuk melembutkan hati. Dah tentulah amalan kerohanian mampu membentuk jiwa dan hati kita supaya sentiasa tenang. Tapi bagaimana nak menjaga kesihatan hati kita? Aaaargh ramai yang memandang sebelah mata sahaja tentang penjagaan kesihatan hati kita. Betul tak? Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor,  Dr. Loong Yik Yee , berkata : "Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita." "Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabka

Set Detox - Jom Buang Toksin Dengan Cara Yang Selamat

Assalamualaikum semua, kali ni nak cerita pasal Set Detox pula. Teruskan membaca ya.. Seharian kita terdedah dengan pelbagai jenis bahan kimia tidak kira samada di luar rumah ataupun di dalam rumah kita sendiri. Sebab itu badan kita mudah bertoksik disebabkan pengawet, pewarna, dan sebagainya. Sebab itu badan kita perlu dinyahtoksik kan atau proses detox bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum dan penyakit tidak mudah datang pada tubuh badan kita.  Detoksifikasi adalah menenangkan, membersih dan menyucikan secara luar dalam tubuh badan. Malah sejak beratus tahun dahulu, proses detoksifikasi dilakukan termasuklah sistem Ayurveda dan perubatan masyarakat Cina. Dalam Shaklee, proses detoksifikasi adalah berasaskan semulajadi iaitu menggunakan bahan-bahan daun ataupun bunga semulajadi. Set Detox Shaklee adalah terdiri daripada Alfalfa, Garlic, DTX Complex dan Herba-Lax. Banyaknya produk untuk proses detox nie! Sebenarnya setiap satu m