Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Lecithin dan Herblax Set Bajet Kurus Anda

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Bersua lagi kali ni. Kali ni nak cerita dan cerita lagi pasal kebaikan herblax dan lecithin shaklee. Inilah botol lecithin dan herb lax. Nak tahu tak apa kebaikan nya? Lecithin dan herblax merupakan combo kepada set bajet kurus. Selain da pat kuruskan b adan, herblax m embantu mereka yang ada masalah sembelit dan lecithin pula membantu membakar lemak. Ia merupakan kombinas i bakar dan buang.  Le cithin mengandungi 180 biji tablet da n perlu dima kan 6 biji sehari. Cara pem akanan 2 biji 3 x sehari yakni sele pas minum pa gi, selepas makan tengah hari dan se lepas makan malam. Ia memang untuk kegunaan selama sebul an. Harganya cum a Rm52.50 sahaja. Herblax pula men gandungi 120 biji tablet dan perlu dimakan 2 hingga 4 biji sehari dan ingat ya hanya makan 2 x seminggu sahaja..:-) D imakan sebelum tidur , biarkan ia bertindak dan ke esokan harinya a nda pasti membuang ..hehe..Harganya pula cuma Rm52.50 sahaja. Jom kita tengok

Sebab Kenapa Haid Anda Lewat

Risau tak bila anda lewat datang haid? Perkara pertama yang anda fikirkan mesti pregnant. Tapi tahukah anda, ia merupakan salah satu sebab kenapa haid anda tidak datang. Berikut merupakan antara sebab kenapa haid anda lewat datang. Tekanan Tekanan mental boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya memberhentikan haid anda. So, janganlah stress2 k. Masalah Kesihatan Penyakit seperti PCOS dan demam panas boleh memberikan tekanan fizikal dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda Kelebihan hormon prolaktin Hormon prolaktin yang berlebihan dalam badan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid anda lewat Menyusu badan Sekiranya anda masih menyusukan anak, hormon dalam badan anda akan menganggu dan menyebabkan haid datang lewat Masalah kelenjar tiroid Hormon tiroid juga boleh melewatkan haid anda dimana anda akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak. Perubatan Anda mungkin makan ubat baru dalam tempoh ini dan merupakan

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum Alangkah beruntungnya ibu2 yang mudah bersalin. Tak perlu tunggu lama2 untuk melahirkan anak. Ada tak ibu2 kat sini yang mempunyai pengalaman mudah melahirkan? Jom kita kongsi bersama..;-) Saya mempunyai 4 pengalaman yang berbeza semasa melahirkan anak2 saya. Anak yang pertama iaitu Ajmal Muhaimin..senak senak perut dari petang lagi..mak mertua suruh minum air kopi panas2 utk hilangkan senak. Alhamdulillah memang hilang sakit tapi sementara ja. Bila malam menjelang, bersihkan diri dan sedia hantar diri ke hospital. Dah namanya anak sulung, tak tahu sama ada itu tanda nak beranak atau tidak..hehe.Percaya tak, kelahiran anak saya yang pertama mengambil masa hampir 8 jam. Saya masuk dari jam 8.00 malam dan beranak jam 3.20 pagi. Hanya Tuhan yang maha mengetahui bagaimana perasaan saya pada ketika itu. Alhamdulillah, anak yang saya lahirkan sihat walaupun dia tak menangis ketika saya melahirkannya. Mulanya panik juga dan tanya doktor kenapa anak tak nangis? Doktor

Kebaikan Makan Buah Kurma ketika Hamil

Assalamualaikum pembaca blog kesayangangku..ada kawan2 yang sedang hamil tak? Mesti ramai yang dah tahu kebaikan kurma kan? Bagi yang tak tahu kebaikan kurma, boleh lah baca k..;-) Sabda Rasulullah S.A.W., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Seperti yang diketahui, buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai banyak khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim. Berikut merupakan kelebihan dan kebaikan mengamalkan makan buah kurma: a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sedang datang haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah

Alhamdulillah

Assalamualaikum.. alhamdulillah..murah sungguh rezeki hari ini :-)      

Cirit Birit Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua. Tak tahulah sejak dua hari ini perut asyik sakit ja. Dahlah kerap kali berlaku. Asyik jumpa dengan Cik Tan saja..:-) So, hari ni nak cerita pasal cirit birit yang berlaku pada saya lah. Apa itu cirit birit? Cirit birit adalah keadaan dimana kita membuang air besar dalam kadar yang kerap dengan najis yang berair. Ia biasanya berlarutan hanya dalam sehari atau dua hari dan ia bukanlah suatu penyakit yang serius. Cirit birit akut disebabkan oleh kurangnya cecair diserap dari dalam usus kecil atau usus kecil menghasilkan terlalu banyak cecair. Cirit birit akut ialah kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens), kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah. Cirit-birit akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan

Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kebelakangan ini cuaca di Kuching tak menentu..rasanya bukan setakat kat Kuching, Sarawak tapi seleuruh negara mengalaminya. Sekejap panas, sekejap mendung dan kini pandangan pula makin kabur akibat jerebu. Apa itu jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca utama jerebu adalah akibat daripada : Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU. Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU di

Berapa Lamakah Masa Untuk Saya Hamil

Assalamualaikum semua, ada yang dah kahwin bertahun2 tapi belum ada rezeki nak timang cahaya mata..ada pulak yang baru kahwin sebulan terus bunting pelamin. Secara umum, pasangan subur mempunyai kemungkinan yang baik untuk hamil dalam masa setahun. Lebih kurang 30 akan hamil dalam satu bulan. Lebih kurang 60 akan hamil dalam enam bulan. Lebih kurang 85 akan hamil dalam satu tahun. Selebihnya pula akan mengambil masa yang lebih panjang dan sesetengah daripada mereka mungkin memerlukan bantuan untuk hamil. Untuk memahami kenapa sesetengah pasangan mengambil masa lebih lama untuk hamil dan yang lain tidak, mungkin adalah membantu jika melihat kepada statistik. Pertama, setelah mencuba selama sebulan, pasangan subur normal adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi hamil daripada hamil.  Pasangan subur mempunyai kira-kira 20 hingga 25 peratus kemungkinan menjadi hamil bagi setiap kitaran haid berikutan seks yang tidak terlindung. Tetapi ini hanya purata. Se