Langkau ke kandungan utama

Cuaca Panas - Nasihat Daripada Kementerian Kesihatan Kepada Orang Ramai

 Assalamualaikum semua...

Dijangkakan cuaca panas akan berlaku pada bulan Mei 2015 ini. Nampaknya laku lah aircond lepas ni..hehe


Cuaca panas seperti yang diketahui akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu :
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • sering sakit kepala
  • merasa letih
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Boleh gantikan dengan Performance Drink dari Shaklee. Bancuh sendiri. Ia lebih menjimatkan.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah ini;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Semoga cuaca panas yang melanda ini tidaklah seteruk yang dijangka, namun kita harus sentiasa bersedia dan menjaga kesihatan diri. Jadikan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini sebagai panduan untuk diri dan keluarga kita. 
 
Berminat dengan produk shaklee? Boleh lah hubungi saya
 
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

 
0138214890
noorzamris@gmail.com
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…