Langkau ke kandungan utama

BUKU MERAH

Assalamualaikum

Hari ini nak kongsi pasal BUKU MERAH

Apa BUKU MERAH tu?

Haa..inilah rupa BUKU MERAH
Bagi yang pernah mengandung, mesti tahu kan pasal buku ni.
Macam saya, dah ada 5 buku..heee..

Sebelum dapat buku ni, better check sendiri pakai upt dulu..kalau dah sah ++, boleh lah ke klinik swasta atau klinik kerajaan. Haa..kat sana nanti dia orang akan prepare buku ni..sabar lah ya..

Oh ya! Sebelum nak g klinik buat pendaftaran, baik call dulu klinik yang berdekatan dengan kawasan rumah, tanya bila hari untuk register ibu mengandung ok. 

Apa perkara penting yang perlu dibawa semasa nak register?
IC
Sijil Kahwin-waima dah banyak anak pun kena bawa juga tau..
Air kencing

Ok..dah prepare semua tu, bolehlah g klinik berdekatan.. Kat kaunter cakap nak register mengandung, ambik nombor dan tunggulah giliran anda kena panggil.

Nombor dah dipanggil, silalah masuk ke dalam. Nurse akan check air kencing. Pastu kita akan ditanya banyak soalan untuk diisi kedalam buku. Biasanya nurse akan tanya memang positif ke, dah check klinik luar atau buat upt, bila tarikh akhir period, ada kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga, suami merokok ke tak..banyak soalan..ambik masa juga lah..lebih kurang 30 minit macam tu. Dalam masa tu juga kita akan di check fizikal..berat badan, ketinggian dan akan buat scanning.

Selesai semua tu, kita akan diberi vitamin yang perlu dimakan semasa mengandung dan akan diberi temujanji yang seterusnya. Okay, selamat berjumpa tiap bulan ya!

Nak tahu pasal vitamin apa yang baik semasa mengandung?

Boleh baca kat sini

Kalau nak tanya lanjut dan share pasal pengalaman mengandung atau ada yang baru mengandung tu boleh lah kita bertukar-tukar pendapat..

Hubungi saya

SID anda 1104421

Noor Hasmah
0138214890 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…