Langkau ke kandungan utama

Ekzema Oh Ekzema

Assalamualaikum semua

Hari ini nak cerita pasal ekzema anak saya

Menurut www.babycenter.com.my, Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu nampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Anak saya yang bongsu baru berumur 5 bulan. Semasa dalam pantang lagi saya perasan kulit muka dia agak sensitif. Kenapa saya kata sensitif? Kulit muka dia kemerah-merahan dan agak kasar. Sewaktu pantang 4 orang anak saya sebelum ini, saya tak pernah hadapi masalah sebegini. Mula-mula saya fikir ia ruam biasa saja atau pun ruam susu. Dah letak pelbagai krim, powder dan jumpa doktor, tak surut juga..

Sebelum ni, kakak saya asyik sarankan saya beli krim Elomet, dia suruh saya beli kat farmasi..entahlah..busy memanjang sampai tak ada masa nak ke farmasi. 

Sebab dah berbulan powder dan krim yang saya pakai tak membantu , saya gagahi diri bawa anak jumpa doktor. Doktor cakap ia adalah ekzema dan bagi 2 krim. Satu untuk siang dan satu untuk malam. Tak membantu tak kering. Kadang-kadang hilang lepas tu datang balik. Bawa anak pergi temujanji Klinik Ibu Dan Anak, nurse tegur pasal apa muka baby merah..kesian baby. Saya pun kesian juga sebab baby asyik garu kat muka, belakang telinga. rimass..

Saya bawa pergi jumpa doktor kat klinik lain. Doktor pun bagi krim yang lebih kurang sama, cuma kali ini doktor tu ada suruh saya beli satu krim kat farmasi sebab katanya kat klinik tak ada. ELOMET. Itulah nama krimnya.
Haa..inilah dia krim nya...Harga dalam belasan ringgit aja. Boleh beli kat farmasi.

Lepas dua klinik saya pergi, muka anak pun masih merah..saya bertekad nak dapatkan krim tu. Saya cakap kat husband, mungkin baby tak nak pakai ubat free dari klinik. Dia nak mak bapak bayar..hahaha..singgah lah kat Guardian..dan dapatlah krim Elomet. Saya pula tak sabar nak guna sebenarnya dan tengok hasilnya. Selepas mandikan baby ptg tu, saya terus sapu kat muka baby. Tak sabar nak tengok hasil esok hari...

Alhamdulillah..bangun pagi esok nya saya terus check kat muka baby..hmmm..dah berkurang. Time hantar anak kat rumah mak pun awal-awal bagitau adik supaya pakai krim Elomet. abaikan krim yang lain...hehe

Lepas beberapa hari pakai Elomet, kini kulit anak saya licin dan dah tak merah lagi. Barulah sedap nak cium dan gomol pipi..hehe..Kakak saya pun suka..anak-anak buah saya yang lain pun suka sebab pipi baby dah gebu dan licin. Saya lagiii lah suka sebab baby pun dah tak garu pipi lagi!!

So, saya nak sarankan juga pada ibu-ibu kat luar sana yang ada masalah yang sama..bolehlah cuba krim Elomet. Semoga berkesan pada anda juga.

Nak tahu pasal Shaklee?

Jom hubungi saya

wassup_0138214890






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…