Langkau ke kandungan utama

Hey Baby Ke Drypers Classic

Assalamualaikum semua

Hari ni tetiba nak cerita pasal jenama lampin pakai buang..
Semua anak saya pakai lampin pakai buang. Yang 1st, mula-mula pakai lampin biasa..dah sebulan macam tu baru pakai lampin pakai buang. Anak pertama kena tradisional lah ckit kan.

Yang ke-2 hingga ke-5, semuanya pakai lampin pakai buang. Jenama yang digunakan bermacam-macam. Dari Drypers, Fitti, Shee Shee, First Choice, dari jenama murah hingga ke jenama yang mahal. Saya masih ingat husband beli jenama murah..saya tak sampai hati nak pakaikan pada anak..anak kencing skit tukar, anak berak cepat ja tukar..hehe..Gara-gara nak habiskan punya pasal.

Sebenarnya saya nak kongsi cerita pasal lampin pakai buang ni...pertukaran jenama Hey Baby ke jenama Drypers. Jenama Hey Baby murah tau..tapi sejak bertukar ke jenama Drypers Classic macam tak berbaloi ja beli. Yalah jenama bukan main kukuh tapi kejap je pakai dah kembang dan perlu ditukar cepat-cepat.

Macam tak puas hati ja dengan Drypers Classic sebab nipis. Tak best lah..hehe

Sebenarnya kalau ikut hati, dah nak ajar anak tak pakai lampin pakai buang. Maklum umur dah 4 tahun, tahun depan nak sekolah tadika. Masih pulak pakai pampers. Asyik tanya kat anak nak kencing ke? Nak ke tandas tak? Sampai anak jawab..apalah mak ni, asyik tanya aja..hehe

So, sesiapa yang ada pengalaman macam mana nak ajar anak tak pakai pampers, bolehlah share ngan saya..susah hati ni..Semoga dengan perkongsian dan pengalaman, bolehlah saya gunakan untuk ajar anak saya pula..

Nak dapatkan barangan Shaklee??

Boleh dapatkan dari saya, 

SID anda
1104421

Noor Hasmah
0138214890


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…