Salam semua....
Jom kita selongkar apa masalah rambut utama di kalangan Wanita Yang Bertudung
Nombor 1 : Beruban Di Usia Muda!
Benar. Faktor genetik merupakan antara
penyebab rambut cepat beruban. Namun, cuba lihat pola pemakanan anda
kerana ia juga mempengaruhi pertumbuhan uban. Uban pun pandai pilih makanan kan??
Sebagai contoh; kekurangan vitamin B
juga penyebab uban. Selain itu, stress dan terdedah kepada ancaman bahan
kimia dari produk rambut yang mengandungi sulfur berlebihan juga
menyebabkan ubat cepat memutih di kepala. Jauhilah tabiat merokok kerana
tabiat itu menyebabkan uban tumbuh cepat walaupun umur masih muda.
Pakar rambut menyatakan pengambilan
vitamin B 12 yang terdapat dalam susu, telur dan daging merah boleh
memperlahankan rambut beruban.
Nombor 2 : Rambut Rapuh Dan Mudah Putus
Hindarkan dari amalkan diet ketat.
Batang rambut seseorang terbentuk dari protein yang dinamakan keratin.
Sekiranya seseorang itu kekurangan protein, kesannya adalah rambut mudah
putus kerana rapuh.
Oleh itu, amalkan pengambilan sumber
protein seperti daging merah tanpa lemak, kekacang, badam, telur, oat,
roti, keju dan sebagainya kerana ianya membantu membekal nutrisi kepada
rambut dari dalam.
Pemilihan jenis sikat dan cara menyikat
juga memainkan peranan penting. Penggunaan sikat rambut yang diperbuat
daripada kayu amat disarankan kerana ia lebih bagus untuk rambut. Dalam
masa yang sama, elakkan daripada menyikat rambut dengan terlalu kuat dan
kasar.
Nombor 3: Rambut Mengeriting Dan Kusut Masai
Aduhai! Rambut kerinting sememangnya
memiliki susunan partikel yang tak teratur. Inilah yang membuatkannya
kelihatan kusam dan kusut dengan mudah. Janganlah pula merasakan perlu
untuk meluruskan atau memotong rambut sebagai penyelesaian.
Apa yang perlu dilakukan adalah sapukan
krim pelembap rambut selepas disyampu. Jangan lupa untuk ‘trim’ hujung
rambut sebulan sekali.
Buang segera anggapan bahawa rambut
kerinting tak perlu disikat kerana ia juga perlu disikat tetapi
gunakanlah sikat bergigi jarang. Cara menyisirnya adalah bermula dengan
hujung rambut sedikit demi sedikit sehingga ke pangkalnya.
Nombor 4 : Masalah Rambut Lepek Dan Berminyak
Penghasilan minyak secara berlebihan pada rambut yang nipis dan tidak lebat akan menyebabkan rambut kelihatan melepek.
Untuk atasinya, ada perlulah rajin
mencuci rambut menggunakan syampu yang normal atau berminyak.
Kekerapannya bergantung kepada keperluan. Perlu diingat, semasa menyampu
rambut, jangan menggosok kulit kepala terlalu kasar kerana ia akan
merangsang kelenjar kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Elakkan juga menggunakan syampu jenis
‘mild’ kerana ianya akan membuatkan rambut lebih kelihatan melepek.
Selain itu, sikatlah rambut dengan perlahan-lahan. Bagi yang bercadang
untuk mengubah gaya rambut pula, anda bebas untuk memilih apa jua jenis
potongan asalkan rajin merawatnya.
Nombor 5: Rambut Bercabang-Cabang
Selalunya, jika kita mempunyai masalah
rambut bercabang di hujung, perkara lazim yang dibuat adalah menggunting
sedikit rambut di bahagian hujung.
Setelah itu, barulah dimulakan dengan
penjagaan rambut kering. Caranya mudah sahaja. Gunakan perapi rambut
semasa bersyampu atau sebelum mendandan rambut menggunakan ‘curling iron’. Hindari rambut dari terlalu lama terdedah kepada sinaran UV matahari.
Nombor 6 : Kelemumur! Kelemumur! Kelemumur!
Makhluk Tuhan ini biasanya muncul
apabila kulit terlalu berminyak atau terlalu kering. Justeru,
pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air putih
secukupnya adalah sangat penting untuk memastikan kulit rambut sihat
dari dalam.
Bersihkan juga sikat rambut secara
teratur supaya dapat menghindari sebarang jangkitan kuman. Rambut juga
haruslah disikat dengan perlahan agar minyak yang dihasilkan oleh kulit
kepala boleh diratakan ke seluruh batang rambut.
Selain itu, gunakanlah syampu yang mengandungi selenium sulfide atau salicylic acid ketika mencuci rambut.
Nombor 7 : Rambut Berguguran Bak Dedaun Kekeringan!
Masalah rambut gugur ini antara masalah biasa yang dihadapi oleh wanita muslimah yang bertudung litup.
Sekiranya anda risau keadaan rambut
yang semakin menipis, amalkan pengambilan makanan seperti salmon, hati,
lobak, pisang dan soya. Makanan ini kaya dengan biotin iatu zat yang
sangat penting untuk menjaga dan memperkuat akar serta pertumbuhan
rambut.
Nombor 8 : Rambut Sukar Di Urus
Pernahkan anda berasa geram melihat
rambut-rambut degil yang kelihatan bercacak-cacak atas kepala?
Rambut-rambut nakal dan degil ini sebenarnya perlu diuruskan sejak dari
awal lagi iaitu ketika rambut kita dicuci.
Pastikan perapi rambut digunakan semasa
bersyampu. Dengan cara ini, rambut akan lembut dan mudah dirias dengan
baik. Tak kiralah apa jua gaya rambut anda.
Kebanyakan Masalah Rambut Berpunca Dari Kekurangan Nutrisi
Jika anda telah membaca dari atas
sehingga ke sini. Anda akan dapati sebenarnya masalah rambut
kebanyakannya adalah berpunca daripada kekurangan vitamin tertentu.
Kekurangan vitamin ini disebabkan oleh pemakanan kita seharian yang
tidak memberikan nutrisi yang secukupnya diperlukan oleh rambut untuk
lebat, sihat dan menawan.
Justeru, penyelesaiannya adalah
memahami nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Apakah vitamin-vitamin
yang perlu untuk rambut kembali sihat dan cantik walaupun bertudung?
Vitamin A
Vitamin A adalah sumber nutrisi yang
paling utama untuk rambut. Kita boleh makan tembikai, sayur hijau dan
daging tetapi tetap takkan dapat jumlah nutrisi secukupnya menurut
standard USRDA.
Oleh sebab itu, vitamin berbentuk supplemen adalah pilihan terbaik.
Bagaimana vitamin A membantu menyihatkan rambut?
1. Ia kaya dengan antioksidan untuk melembapkan sebum di kulit kepala.
2. Ia menentang radikal bebas oleh pencemaran supaya rambut berasa lebih ringan dan struktur lebih kuat.
3. Ia akan membantu menebalkan rambut supaya akarnya lebih kuat.
Apabila disebut kompleks ia bermaksud
ia mengandungi segalanya termasuklah vitamin B6, B12 dan Biotin. Berikut
adalah hasil jika konsisten mengambil B-complex:
1. Kadar kehilangan dan keguguran rambut dapat dikurangkan.
2. Uban lambat tumbuh kerana vitamin B melewatkan proses penuaan rambut.
3. Pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan lebih panjang
4. Rambut cantik bersinar.
Vitamin E memang berfungsi untuk melembutkan kulit. Vitamin E juga penting untuk rambut kerana membantu peredaran darah bagi memastikan kulit kepala kekal sihat.
Kenapa kita perlu pastikan kulit kepala sihat?
1. Rambut lebih ikal mayang dan lembut.
2. Rambut bercabang akan dapat dihindari.
Asid Folik
Vitamin B kompleks biasanya mengandungi dos asid folik yang mencukupi. Tak perlu gusar lagi untuk membeli vitamin lain.
Bagaimana Asid Folik boleh membantu?:
1. Menghindar rambut beruban.
2. Memperkuat struktur rambut supaya lebih tebal.
3. Menjadikan rambut lebih berkilat.
4. Melembapkan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut. Asid Folik ada dalam roti dan bijirin.
Zinc adalah mineral yang terbaik dan tepat untuk masalah rambut gugur. Zinc membantu mengawal hormon dalam tubuh sekaligus berfungsi menyelenggara kelenjar minyak yang dirembes oleh kulit kepala.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang
wassup saya noor hasmah_0138214890
wassup saya noor hasmah_0138214890
Ulasan