Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Yang Sukar Untuk DIlupakan

Assalamualaikum semua..Eh! Eh! Hari ini datang semangat pulak nak berkongsi macam2 kat dalam blog ni..seronok pula rasanya..kadang-kadang bila baca balik penulisan yang dulu..eh betulkah aku yg tulis gini gitu? Tak sangka ada bakat menulis lak..

Hari ini throwback pulak peristwa manis semasa bersalin anak saya yang ke-5 iaitu Umaiza Ariana. Pengalaman beranak kat emergency room..hehe..air ketuban pecah dalam kereta..semua itu memberi kenangan kepada saya.
Ingat lagi hari tu 19.5.2015 kena g check up macam biasa kat klinik ibu anak. Malamnya ada rasa sakit-sakit sedikit tapi tahu itu bukan tanda nak beranak. Tapi datang rajin jugak sediakan barang-barang untuk dibawa ke hospital elok-elok dalam beg dan dah sediakan kat kerusi. Sampai saya perasan suami hairan saya awal buat persiapan. Awal apanya..before ni tak sibuk nak siapkan barang tapi malam tu sungguh-sungguh sediakan. Memang naluri ibu ni kuat sangat. Dah habis simpan barang, tidur pun macam biasa. Takda pulak rasa sakit nak beranak. Paginya bangun macam biasa..siap-siap nak g check up. Semalam rasa nak makan laksa sarawak tapi kedai yang saya nak pergi tutuplah pulak. So, hari ini dah planing nak jugak pergi kedai tu lepas check up supaya dapat makan laksa before berpantang..hehe..Alhamdulillah..habis je check up terus g minum..dahlah perut lapar belum minum pagi. Datang kat kedai terus order laksa sarawak dan teh o peng..


makan sampai licin..cuma kali ni air laksa tu tak habis sebab perut pun semek-semek sakit. Lepas habis makan terus g opis husband hantar. Sampai kat opis pun perut ada rasa-rasa..aih dah nak bersalin ke aku ni. Sempat lagi ikut suami ambik anak balik sekolah..memang jauh jugak lah pusing. Dah ambik anak, ada juga rasa sakit perut. tapi tahan ja...berkira-kira nak balik opis atau nak tinggal kat rumah. kali ni saya perasan sakit tu datang sekejap-sekejap. tapi saya tahan..oh kalau diikutkan itu memang tanda nak beranak tapi saya abaikan sebab rasanya memang belum due 24hb..jauh lagi..hehe..suami putuskan saya tinggal kat rumah. Ok..saya ikut jer..siap2 msg kat kawan kata saya tak kerja ptg sebab sakit perut. Dahlah masa tu saya ada beli keropok lekor yang belum digoreng tapi org tu hantar kat opis. Terpaksa saya suruh kwn ambik dan hantar kat rumah. Memang niat nak goreng untuk org yang ajar mengaji kat rumah dan untuk anak-anak makan. Saya juga beli cakoi untuk kawan-kawan makan kat opis. Nasib baik semua tu tertunai. Alhamdulillah..syukur pada Allah.


Dari pukul 1 sampailah pukul 3 macam tu, asyik sakit jer perut. Msg kat husband cakap memang tanda nak bersalin lah ni. Tapi tak pulak keluar tanda..Husband msg balik dan suruh saya bersiap. Time ni memang saya rasa tak tahan sangat. Memang rasa nak keluar sesuatu tapi saya kepit..Saya masih ingat saya keluar dari rumah waktu org tengah azan asar. Saya jalan pelan-pelan kat kereta. Dalam kereta husband asyik tanya mcm macam soalan. Time perut tak sakit saya jawab tapi time perut sakit dia tanya saya biar aja..Sampai kat traffic light tak jauh dari hospital, pop! Haa..pecah..saya kata..yang lucunya suami saya tanya apa yang pecah? hehe..sebenarnya waktu tu ligat fikir macam mana nak naik ke labour ward sebab kat tingkat mana pun dah lupa..ah..saya kat g emergency jer..terus pecut ke unit kecemasan. suami tanya kat depan..isteri saya nak beranak..dah pecah airketuban pun..apalagi mereka yang bertugas tu pun suruh saya keluar dari keta dan naik atas katil dan bawa saya ke bilik..dia orang check dan tanya mcm-mcm soalan..time tu pulak tak sakit la pulak..hehe..dia org sempat call org labour room untuk membantu kalau ada apa-apa masalah..kira standby lah dia orang ni..Alhamdulillah tepat jam 4.40 mcm tu saya selamat melahirkan bayi perempuan saya..Umaiza Ariana..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am