Langkau ke kandungan utama

Rasa Kebas? Adakah Itu Normal?

Assalamualaikum 


Pernah tak rasa kebas pada tangan atau kaki? Tahu tak kenapa ia terjadi? Normal ke kalau kita selalu rasa kebas?

Semua orang pernah mengalami rasa kebas malah selalu tetapi kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai tanda penyakit. Malah kita menganggap semua orang mengalami kebas!

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Ismail Merican kebas pada istilahnya adalah perasaan kurang selesa atau ‘lemas’ terhadap pergerakan anggota badan yang kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu.

Jelas beliau, kebas dapat diklasifikasikan kepada dua keadaan. Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.Sebagai contoh,apabila kita tidur, kadang-kadang kita tidak menyedari bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit dan itu  menyebabkan kita merasa kebas.

Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.Ini adalah perkara biasa yang saya alami selepas duduk terlalu lama.

Bagi mereka yang mengalami kemalangan kecil, mereka merasa kebas untuk sementara waktu. Jika mereka mengalami kecederaan yang teruk, kebas akan berlaku dalam jangka yang lebih lama. Jika terdapat anggota badan seperti tangan terputus langsung rasa kebas akan hilang kerana urat saraf telah terputus.

Sebab kedua adalah kerana berlakunya penyempitan saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi  berpotensi menghidapi rasa kebas.

Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas? “Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium."

“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.

Tindakan awal perlu diambil jika seseorang merasakan tanda-tanda demikian antaranya ialah mengamalkan makanan seimbang seperti sistem pemakanan pyramid yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Pesakit sebaiknya mengurangkan mengambil makanan yang bergula, berlemak dan bergaram. Bagi mengurangkan kolesterol kita mesti mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan sering melakukan senaman dan memakan ubat yang disarankan.

Bagi orang-orang muda yang merasa kebas, mereka sebenarnya tidak perlu mengambil vitamin. Pengambilan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu sudah mencukupi. Sumber makanan tersebut sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan.Tetapi sejauh mana makanan itu bersih dan selamat ketika ini, di tambah lagi dengan penggunaan baja dan racun serangga membuat sayur dan buah-buahan kini tidak seperti dahulu. Sebab itu perlunya juga vitamin untuk orang-orang muda masa kini.

Jika rasa kebas dialami oleh orang berusia 45 tahun ke atas, ujian akan dilakukan dengan teliti untuk meneliti sebab-sebabnya. Ia dijalankan bagi mengenal pasti keadaan pesakit tersebut jika dia dikaitkan penyakit-penyakit berbahaya.

Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan tidak merokok, kita akan cuba menyoal apakah makna kebas sebenarnya bagi mereka, adakah ia berpunca dari hal-hal lain yang menyebabkan kebas. Kadangkala kebas itu merupakan psikologi pesakit sahaja. Jika mereka mengambil sesuatu jenis ubat yang biasa mereka makan, rasa kebas itu akan hilang,” tambah beliau.

Adakah rasa kebas mempunyai kaitan dengan beberapa jenis penyakit? Dr. Ismail menerangkan, “Jika kanak-kanak sering mengalami rasa kebas ia berpunca dari masalah kekurangan darah. Rasa kebas juga boleh menyebabkan petanda kepada beberapa jenis penyakit. Jika seseorang itu merasa kebas sebahagian badannya dari kepala hingga ke bawah, ia menandakan seseorang itu boleh terkena stroke atau lama-kelamaan terkena angin ahmar.”

“Jika diteliti dari kumpulan kaum yang terdapat di Negara ini, kita dapat melihat bahawa kaum India dan diikuti orang Melayu lebih mudah terkena kebas serta sakit jantung kerana kumpulan tersebut banyak memakan makanan berlemak, bergula dan bergaram berbanding kaum Cina.”

Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Ada 3 Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kebas-kebas ini iaitu : 
B-Complex  - yang membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah


Omega Guard - Minyak ikan yang berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf


Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf 

Okay, dah tahu ada supplemen yang boleh bantu atasi kebas tangan dan kaki ni kan..cubalah sekarang dan anda akan ketahui hasilnya sendiri.

Tak rugi mencuba!!

Anda nak beli? Boleh whatsapp saya

Noor Hasmah Jamaludin
013.821.4890   

Pengedar Sah Shaklee
Pengedar Shaklee Kuching/Petra Jaya/Matang Jaya/Demak/Taman Sukma

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am