Assalamualaikum, hujung minggu lepas bawa anak beli barang sekolah. Kasut, baju dan seluar sekolah serta kelengkapan yang lain. Alhamdulillah, walaupun sedikit lewat membeli dapat pula dengan harga berpatutan, sangat lega rasanya.
Walaupun tak berbelanja kat pasaraya yang ada nama, saya rasa sangat best sebab banyak betul perbezaan harganya :-)
Apa itu wang?
Walaupun
budaya kita mengatakan bahawa wang adalah jawapan kepada segala
masalah, kita juga mendengar yang wang itu jahat dan punca segala
kejahatan. Wang menghancurkan! Mari kita lihat apa yang wang boleh dan
tidak boleh buat:
“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”
Anda lihat, wang bukanlah segala-galanya! Yang penting kita sendiri berdisiplin dalam menguruskan wang kita.Apa yang perlu kita buat?
1. Ubah gaya hidup
- Beli barangan ikut keperluan dan bukan kehendak
- Pastikan anda tidak berbelanja dengan kad kredit
- Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
- Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
2. Membuat bajet yang realistik
- Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
- Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
- Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
- Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
3. Berbelanja secara bijak
- Semak senarai harga barangan, kalau boleh buat perbandingan antara satau pasaraya dengan pasaraya yang lain..bukan cek setiap kedai ya, kalau boleh cek kat surat khabar atau online
- Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai
tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara
mendadak (impluse purchase)
- Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
- Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang
perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja,
berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.
Anda ingin menjana pendapatan? Mari bersama kami dalam memvariasikan pendapatan anda, klik sini
atau boleh hubungi saya
Noor Hasmah
013.821.4890
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan