Langkau ke kandungan utama

Kenapa Bersalin Normal Hebat?

Assalamualaikum semua. Masih ramai yang tertanya tanya sakit kah bersalin normal? Ramai bakal ibu berasa takut dan ngeri hendak menghadapi situasi bersalin secara semula jadi. Rasa sakit kontraksi yang sukar digambarkan membuatkan ramai yang meminta ubat tahan sakit bagi mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit tersebut. Tetapi anda patut tahu 4 sebab mengapa bersalin normal secara semula jadi sangat awesome ;-)
  1. Sembuh cepat
Kalau bersalin dengan bantuan ubat tahan sakit, sudah tentu anda akan rasa keliru, loya dan macam nak demam apatah lagi kalau ambil suntikan epidural, sudah tentu anda akan terbaring lama atas katil. Tetapi sekiranya bersalin secara semula jadi, anda boleh bangun ke bilik air sendiri tanpa bantuan orang lain beberapa jam selepas melahirkan bayi. Ia memang benar sebab lepas beberapa jam lepas bersalin anda dah tak sabar nak bangun dari katil!
 
  1. Lebih cergas
Berbanding ibu yang bersalin secara pembedahan atau dengan bantuan ubat tahan sakit, ibu bersalin normal tanpa bantuan ubat lebih cergas untuk menguruskan diri sendiri dan sudah tentu bayi yang pasti akan kerap menangis dan menyusu.
 
  1. Kepuasan
Sebaik anda berjaya meneran keluar bayi, perasaan lega serta hilang rasa sakit membuatkan anda berasa sangat puas hingga ke maksimum. Ia sama seperti perasaan pelari berjaya menghabiskan lariannya. Baby dah keluar sakit pun tak terasa! Percayalah dan alami sendiri pengalaman ini.
 
  1. Bayi menyusu seperti sang Juara!
Untuk mendapat susu kolostrum awal yang dihasilkan ibu, sebaiknya ibu segera susukan bayi sebaik dia lahir. Jika anda bersalin secara semula jadi tanpa bantuan ubat tahan sakit, pengalaman penyusuan anda berjalan lancar dan mudah. Bayi juga lebih cepat memberi tindak balas, mata terbuka luas untuk memerhati keadaan sekeliling, mulut ternganga luas bersedia untuk menghisap puting payu dara ibu bagi sesi penyusuan. 

kredit to PA & MA 

Dapatkan set bersalin anda dari saya

Noor Hasmah

013.821.4890

#setbersalin
#pengedarsahshaklee
#pengedarshakleekuching
#pengedarshakleepetrajaya
#pengedarshakleematangjaya
    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…