Assalamualaikum
Hari ini kat opis sunyi ja..al maklum nak cuti panjang minggu ni kan. Ambik cuti 3 hari dari hari isnin sampai rabu maka seminggu lah cuti..bestnya kalau cuti masih banyak. Memang saya pun tak kan lepas peluang nak bercuti sama. Tapi apakan daya cuti tinggal 2 hari ja lagi untuk tahun ni.
AL maklum baru ja lepas 7 bulan bersalin anak yang ke -5. Tambah pula cuti bersalin memang dah habis. Terpaksa ambik cuti sendiri..itupun tak mencukupi.
Sedar tak sedar tak lama lagi dah nak bermula musim sekolah..anak-anak pun dah nak kembali ke sekolah.maka bermulalah lagi rutin harian. Time ni dapatlah berehat sekejap dari iron baju (kerja yang saya tak minat..hehe)
Cuti kali ni rasanya macam singkat sangat. Rasa macam baru ja cuti dah nak sekolah balik. Cuti kali ni tak sempat nak bawa anak-anak berjalan kat tempat org macam tahun lepas. In shaa allah..ada rezeki lebih, tahun depan kita g jalan-jalan ya anak-anak. At least umur baby pun dah setahun gitu..baru boleh plan nak g mana-mana. Oh cuti-cuti malaysia
Kepada yang bercuti nak sambut perayaan, selamat bercuti diucapkan. Pada yang ambik kesempatan bercuti pulang ke kampung, selamat memandu dan selamat balik kpg..tentu seronok kan?
Dan tak lupa Hari Khamis ni bersamaan 12 Rabiulawal kita akan menyambut Maulidur Rasul
Ulasan