Langkau ke kandungan utama

Uban Sebelum Usia


Assalamualaikum

Uban sebelum usia? Mengenangkan nya pun dah susah hati kan? Apatah lagi kalau banyak kat atas kepala. Jom ketahui apa punca dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia?

Benarkah uban melambangkan umur yang semakin meningkat? Mitos mencabut uban akan menyebabkan lebih banyak ia tumbuh? Rambut memberikan impak yang besar terhadap penampilan diri. Rambut yang panjang dan bersinar menjadi idaman semua. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani pelbagai masalah rambut yang dihadapi setiap hari. Rambut beruban sebelum usia adalah perkara biasa pada masa ini. Namun, adakah anda menyukainya?

Seperti yang kita sedia maklum pigmen kulit yang dinamakan melanin turut memberi kesan terhadap rambut kita. Semakin meningkat usia kita, pengeluaran melanin juga akan berkurangan di dalam folikel rambut, ini menyebabkan rambut kita bertukar menjadi warna putih secara semulajadi. Sebab itulah rambut putih atau uban sering dikaitkan dengan umur yang tua.

Namun begitu, rambut putih yang pra-matang menjadi satu masalah yang membimbangkan pada hari ini dan inilah dihadapi oleh golongan muda masakini termasuk remaja. Semestinya situasi ini bukan suatu yang normal dan punca-punca kepada keadaan ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah uban pra-matang ini.

Kenapa uban sebelum usia terjadi??

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia

1. Tahap tekanan yang tinggi

Selain memberikan keselesaan, gaya hidup moden juga turut membawa bersama banyak tekanan dan ketegangan, sama ada berkenaan dengan kerja atau peribadi. Akhirnya memberi kesan kepada kemunculan uban pada rambut.Sebab itu pentingnya pengambilan vitamin B Complex kerana B Complex terkenal sebagai anti stress. Disamping itu ia membantu memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

2. Genetik

Anda berkemungkinan besar menghadapi masalah uban di awal umur sekiranya ibu bapa atau datuk nenek anda mengalami masalah yang sama.

3. Pemakanan yang tidak seimbang

Pemakanan yang seimbang mamainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh termasuk juga kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B12 adalah punca rambut beruban yang biasa. Bagi mengatasi masalah ini adalah dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti tuna, sardin, salmon, daging lembu, daging kambing, keju dan susu. Vitamin B12 juga boleh didapati dalam B Complex Shaklee.

4. Tabiat yang tidak sihat

Rambut beruban juga adalah hasil daripada tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan sebagainya. Sebenarnya, perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding orang yang tidak merokok.

5. Pengambilan cecair tertentu secara berlebihan

Pengambilan teh, kopi, rempah dan makanan bergoreng secara berlebihan akan mengakibatkan rambut beruban. Jika ingin mengurangkan kemunculan rambut putih, hadkan pengambilan makanan tersebut.

6. Kejutan emosi

Kadangkala, uban berlaku ketika waktu-waktu tertentu semasa seseorang itu sedang mengalami kejutan secara emosi atau kegawatan. Ini merupakan fenomena sementara dan pengeluaran rambut putih akan terhenti secara automatik selepas beberapa ketika. Oleh itu, adalah amat penting agar kita dapat mengawal emosi diri kita.

Apa yang Shaklee boleh bantu?

1- B COMPLEX SHAKLEE.

Salah satu nya jika diperhatikan, kekurangan vitamin B amat dititik beratkan dalam masalah rambut beruban, Kenapa vitamin B, dan vitamin B yg bagaimana diperlukan?? Pilihlah vitamin B yg mengandungi 8 vitamin yg lengkap dengan biotin. kenapa biotin? B7 (Biotin) sangat berkait rapat dan penting untuk rambut. Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban.

Akibat dari kekurangan Biotin :
  • Rambut Gugur
  • Rambut kering dan Kasar
  • Rambut Kusam
Selain Biotin ada lagi 4 vitamin B di dalam B complex yg membantu dalam masalah rambut gugur dan beruban.
  • Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur.
  • Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban.
  • Vitamin B12 (kobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
  • Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

2- ZINC 
  • Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur/uban sebelum waktunya.
3- ESP 
  • ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. 
  • Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
  • Selain itu, ESP juga membantu meremajakan kulit iaitu dengan merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dam mengurangkan kesan parut. 
  • Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. 
  • Jadi Esp adalah pilihan terbaik untuk mereka yang NAK AWET MUDA juga!
4- VITALEA - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Menjaga kesihatan tiriod
  Kalau ada bajet besar, boleh terus cuba VIVIX.

Kalau nak cuba cara kat bawah pun boleh juga

1. Berkaki ayam

Berjalan pada waktu pagi sangat bagus untuk kesihatan kita secara keseluruhannya dan juga bermanfaat terhadap rambut. Berjalan kaki dengan berkaki ayam di atas rumput yang basah pada awal pagi dapat menghalang kemunculan rambut putih.

2. Gabungkan jus segar dalam pemakanan

Masukkan jus sayuran atau buahan yang segar ke dalam pemakanan anda bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Jus dari lobak merah, salad dan alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini pada setiap hari akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang kemunculan uban.

3. Tingkatkan pengambilan Vitamin

Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Dalam usaha untuk memerangi masalah uban ini, pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan memakan sayuran berdaun hijau dan buahan berwarna kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan memakan sayuran yang berdaun hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis, hati dan bijirin. Anda juga boleh mengambil vitamin B12 dalam bentuk pil.

4. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan Iodin

Makanan yang kaya dengan iodin membantu menghalang rambut beruban. Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Pisang dan lobak merah juga mengadungi iodin yang sama.

5. Sapukan inai

Inai merupakan herba yang digunakan di India sejak zaman purba lagi dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Dengan menyapu inai satu jam sebelum mandi sangat efektif untuk menghindari rambut beruban. Tambahan pula, ia dapat menguatkan rambut dan menghalang rambut beruban, rambut nipis dan hujung rambut yang bercabang.

6. Gunakan aloe vera (lidah buaya)

Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. Kemudian bilas rambut dengan menggunakan syampu sepeti biasa.

7. Sapukan minyak pada rambut

Menyapukan minyak kepada rambut adalah penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban. Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon, yang merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih. Tapi,tak semua orang suka rambutnya beminyak kan? So, terpaksalah cari alternatif lain seperti makan vitamin.

8. Tingkatkan pengambilan mineral

Mineral sememangnya penting untuk tubuh berfungsi dengan sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting untuk mempunyai pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi. Zat besi juga boleh diperolehi dari Zinc Complex Shaklee

9. Amalkan petua di rumah

Petua yang dilakukan di rumah adalah penyelesaian yang terbukti berkesan untuk menangani masalah rambut beruban. Urutkan akar rambut dengan teh hitam dan bersihkan selepas satu jam. Ini akan membantu menghitamkan rambut. Anda juga boleh mencampurkan serbuk inai, jus pudina, kopi dan yogurt dan sapukan ke rambut setiap minggu selama 3 jam sebelum bersyampu untuk hasil yang memuaskan.

Rambut beruban adalah satu fenomena yang tidak boleh dihalang. Langkah drastik yang terakhir adalah mewarnakan rambut. Tetapi sebagai seorang muslim, kaedah ini bertentangan dengan ajaran agama Islam. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah uban pada usia yang masih muda.

Oh, tentang mitos mencabut uban akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh itu pula, apabila sehelai uban dicabut, ia akan memberi lebih ‘peluang’ kepada uban di sekelilingnya untuk tumbuh. Jadi sedikit sebanyak betullah jugak larangan tersebut. Jadi, gunting saja rambut yang beruban lepasni, jangan cabut k..hehe

Nak dapatkan produk shaklee?

Boleh dapatkan dari saya

Noor Hasmah
0138214890

Pengedar Shaklee Kuching/Petrajaya/Matang Jaya


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am