Apa Itu Ulser Mulut?
Luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan
ia memang menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar tidak
diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
* Perubahan hormon
* Jangkitan (infeksi)
* Kekurangan zat makanan
* Alahan
TANDA ULSER MULUT
* Rasa membakar dalam mulut
* Kesakitan
* Tidak selesa
* Hilang selera makan
* Demam
*Sakit ketika hendak mencuci mulut dan memberus gigi
*Berasa pedih bila terkena makanan pedas dan masam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan
dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk
sembuh.Jadi, apa yang boleh kita lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda
boleh mencuba petua-petua berikut :
* Gunakan bahan kumuran antiseptik
* Sapu gel atau krim penahan sakit
* Kekalkan kebersihan mulut yang
baik
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan
pedas
* Banyakkan minum air
*Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam,masin atau keras
*Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak ulser
tersentuh
Beberapa langkah pencegahan (atau sekurang-kurangnya
mengurangkan kekerapan ulser itu muncul) juga boleh diikuti;
- Pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya dengan vitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik), vitamin B12 dan zat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) serta asid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).
- Cuba untuk gunakan produk ubat gigi yang bebas daripada SLS. Antara produk bebas SLS di Malaysia adalah Sensodyne.
- Anda juga disarankan untuk flos gigi setiap hari, gosok gigi dengan lembut, disertai dengan pembersihan mulut menggunakan cecair pembersih seperti Listerine untuk kebersihan gigi yang total. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuh
- Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul. Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan
PERHATIAN: jika ulser anda tidak sembuh lebih daripada 3
minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut
kerana dikhuatiri ulser tersebut berkemungkinan komplikasi daripada
penyakit lain yang berbahaya seperti kanser.
Vitamin C - membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan ulser mulut. Ia membina sel darah merah supaya mampu menyerap zat besi dan membantu mengukuhkan sistem imunisasi badan.
Zinc Complex - membantu mempercepatkan luka dalaman dan luaran. Ia juga membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan kulit, kuku dan organ lain badan.
B Complex - mengandungi 8 komponen penting Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh termasuk vitamin B 12 yang membantu untuk mengurangkan risiko terkena ulser dan menyembuhkan ulser anda.
Belanja testimoni satu
Nak dapatkan harga istimewa, boleh hubungi saya
Noor Hasmah
013.821.4890
#pengedarsahshaklee
#pengedarshakleekuching
#pengedarshakleepetrajaya
#pengedarshakleematangjaya
#pengedarshaklee
Ulasan