Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Tanda-Tanda Di Akhir Kehamilan

Assalamualaikum semua, diam tak diam dah tinggal beberapa minggu lagi untuk bersalin. Bak kata org menghitung hari.. Tentu ada yang sudah mula merasa cemas dan berdebar berbaur dengan rasa gembira kerana penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Dalam masa yang sama anda juga mungkin mengalami perlbagai masalah baru yang sebelum ini tidak anda alami semasa awal kehamilan. Jangan takut kerana kebanyakkan terjadi dari fisiolgi kehamilan yang normal. Sakit belakang Berat berlebihan dari awal kehamilan memberikan tekanan pada tulang belakang menyebabkan ia sakit dan tidak selesa. Anda juga akan merasa sengal dan tidak selesa pada pelvis dan bahagian paha kerana tekanan dari kepala bayi yang semakin membesar. Untuk elakan sakit belakang, amalkan kedudukan yang betul. Duduk secara tegak dan gunakan kerusi yang boleh memberi sokongan pada belakang. Pada malam hari pula anda boleh amalkan tidur mengiring dengan meletakan bantal dicelah paha anda. Gunakan sand