Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Muka Cantik Tapi...

 “Eh sayang betul. Muka hensem tapi badan berbau!" “Kenal tak si S? Badan dia teruk betul baunya!" Cuba bayangkan pada hari persandingan anda nanti dimana anda adalah tumpuan semua tetamu yang hadir dan ada pula yang mula cakap-cakap belakang tentang bau badan anda. Mesti malu bukan? Rasa kalau boleh nak masuk kepala dalam beg. Pernah tak anda terfikir kenapa badan anda berbau? Mana datang bau badan ini sebenarnya? Kali ini saya nak berkongsi dengan anda bagaimana terjadinya bau badan. Bau badan? Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine . Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi saya mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrin

SAYANG PADA SUAMI? WANITA PERLU TAHU!

Assalamualaikum semua..hari ini nak cerita pasal hal "tombong" atau rahim jatuh. Prolapse  rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj.  Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh : - Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj. - Ketulan pada faraj. - Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain) - Sakit belakang - Sakit semasa hubungan seks. -

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Jom kenali diri melalui alamat emel kita..saja jer

Jom release tension jap... ;-) Guna Nama Penuh Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memeperlekehkannya. Nama Depan dan Nama Tengah Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.comiaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri. Selain itu, dia juga sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang. Nama dan Tahun Contoh: Farah2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak suka komitmen dalam jangka masa terdek

Petua Isteri Perawan

Assalamualaikum semua..hari ni nak kongsi antara petua-petua yang berguna dan menarik untuk jadi perawan semula! Khasnya untuk para isteri.. Yang penting kita buat semua tu untuk suami kita aje!! Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan memang da boom.. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan yang diambil dari google.. :-) 1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar

Berbelanja di 11th STREET memang mengujakan

Assalamualaikum semua Dah berdebu dah blog ni..hehe Lama tak update apa2 kat blog setelah lama cuti bersalin.(lama ke??) cuti pun sebulan jer..gara-gara dah over ambik cuti..cuti raya lagi..fuh..fuh..buang debu jap.. Balik2 jer cuti bersalin ritu..kawan bagitau satu website beli belah online..cuba jangan tak cuba..kan bahaya dah sekarang ni terjebak sama Nak tahu apa website tu tak? Ni lah nak kongsi sama-sama http://www.11street.my/html/main.html Layarilah 11street dan anda akan teruja!! Huhu 1st time beli cadar, lepas tu botol susu, tuala anak, baju tidur..beli beg tangan pun ada..tiap hari bertunggu pada kupon..terlebih excited pada website ni :-) Beli hari ini sampai esok..betapa cepatnya proses penghantaran (itupun kalau takde cuti perayaan..hehe) Lupa pulak nak bagitau, yang ada Bcard member, register lah ya..untung2 dapat point..tebus dan beli lagi.. So, pada kengkawan yang nak cuba melayari 11street, silakan...selamat membeli belah uoollss.. Sambil2 tu, janga