Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Pengedar Shaklee Petra Jaya

Assalamualaikum Kamek Noor Hasmah Jamaludin,  selaku pemilik blog Noorzamris . Kamek mak kepada 5 orang anak. Memilih Shaklee kerana yakin dan percaya dengan kesan yang kamek terima dan ingin membantu lebih ramei orang untuk menjadi sihat. Seperti yang anda semua sedia maklum, tiada cawangan Shaklee di Sarawak. Namun, warga Kuching khususnya yang tinggal di kawasan Petra Jaya, Matang Jaya dan sekitarnya tak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada kamek selaku pengedar aktif Shaklee. Antara soalan yang biasanya dikemukakan pelanggan-pelanggan setiap kali nya telefon: Soalan 1: Adakah saya Pengedar Shaklee dan masih menjual produk Shaklee? Jawapan : Ya, saya adalah pengedar Shaklee dan masih aktif menjual produk shaklee. Soalan 2: Dimanakah letaknya kedai saya? Jawapan : Untuk pengetahuan semua saya menjual secara online dan offline untuk stok yang saya ada. Saya tidak mempunyai sebaran

B.E.S.T. KUCHING

Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan menghadiri B.E.S.T Kuching anjuran Master Norita dan Master Naquib bertempat di Merdeka Palace, Kuching. Ini adalah pertama kali saya menghadiri kelas Shaklee. Sebelum ni pernah juga upline ajak g kelas tapi ada saja alasan diberikan. Register dapat door gift. Jumpa Moyang Shaklee dapat free gift..hehe.. Dapat ilmu tambahan. Dapat jumpa orang lain yang seangkatan dan paling penting dapat bertukar fikiran dan dapat kawan baru jugak. Inilah antara wajah-wajah yang hadir semasa B.E.S.T Kuching. Paling teruja semasa Master Naquib buat demo.  Tak kurang ilmu yang diberikan oleh Master Azrin pasal Trip ke Bangkok..percuma pulak tu. Saya kagum kerana Master Azrin baru 5 tahun dalam Shaklee dan beliau telah mendapat gelaran Master.  Master Zuraifah berkenaan online skill terutama mcm mana nak tarik kenalan dan org tertarik pada barang yang kita jual dan cara santau pelanggan. Eh! bukan santau jampi jampi ya..santau memikat

KEBAIKAN TAUGE

Assalamualaikum semua Semoga hari ini mendatangkan rezeki yang melimpah buat kita semua Sapa tak suka tauge angkat tangan? Selalunya org yg tak suka tauge suka makan sayur tapi ada juga yang suka sayuran lain tapi tak suka makan tauge.Pelik kan? Sebenarnya tauge ni banyak khasiatnya.Mari kita bongkar apa khasiat tauge. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge dikalangan kaum lelaki mampu membuatkan spema yang dihasilkan oleh golongan ini semakin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Tauge tinggi Vitamin E dan antioksida, ia terbukti mampu melindungi membran sperma dari kerosakan. Rosak DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan. Vitamin E bagus untuk kesuburan serta bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari menjadi stress. KHASIAT LAIN TAUGE: *Tauge juga dapat melambatkan proses penuaan kerana antioksidan nya yang kuat dan padat dapat melindungi tubuh

Hey Baby Ke Drypers Classic

Assalamualaikum semua Hari ni tetiba nak cerita pasal jenama lampin pakai buang.. Semua anak saya pakai lampin pakai buang. Yang 1st, mula-mula pakai lampin biasa..dah sebulan macam tu baru pakai lampin pakai buang. Anak pertama kena tradisional lah ckit kan. Yang ke-2 hingga ke-5, semuanya pakai lampin pakai buang. Jenama yang digunakan bermacam-macam. Dari Drypers, Fitti, Shee Shee, First Choice, dari jenama murah hingga ke jenama yang mahal. Saya masih ingat husband beli jenama murah..saya tak sampai hati nak pakaikan pada anak..anak kencing skit tukar, anak berak cepat ja tukar..hehe..Gara-gara nak habiskan punya pasal. Sebenarnya saya nak kongsi cerita pasal lampin pakai buang ni...pertukaran jenama Hey Baby ke jenama Drypers. Jenama Hey Baby murah tau..tapi sejak bertukar ke jenama Drypers Classic macam tak berbaloi ja beli. Yalah jenama bukan main kukuh tapi kejap je pakai dah kembang dan perlu ditukar cepat-cepat. Macam tak puas hati ja dengan Drypers Cl

BUKU MERAH

Assalamualaikum Hari ini nak kongsi pasal BUKU MERAH Apa BUKU MERAH tu? Haa..inilah rupa BUKU MERAH Bagi yang pernah mengandung, mesti tahu kan pasal buku ni. Macam saya, dah ada 5 buku..heee.. Sebelum dapat buku ni, better check sendiri pakai upt dulu..kalau dah sah ++, boleh lah ke klinik swasta atau klinik kerajaan. Haa..kat sana nanti dia orang akan prepare buku ni..sabar lah ya.. Oh ya! Sebelum nak g klinik buat pendaftaran, baik call dulu klinik yang berdekatan dengan kawasan rumah, tanya bila hari untuk register ibu mengandung ok.  Apa perkara penting yang perlu dibawa semasa nak register? IC Sijil Kahwin-waima dah banyak anak pun kena bawa juga tau.. Air kencing Ok..dah prepare semua tu, bolehlah g klinik berdekatan.. Kat kaunter cakap nak register mengandung, ambik nombor dan tunggulah giliran anda kena panggil. Nombor dah dipanggil, silalah masuk ke dalam. Nurse akan check air kencing. Pastu kita akan ditanya banyak soalan untuk diisi

Ekzema Oh Ekzema

Assalamualaikum semua Hari ini nak cerita pasal ekzema anak saya Menurut www.babycenter.com.my, Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu nampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Anak saya yang bongsu baru berumur 5 bulan. Semasa dalam pantang lagi saya perasan kulit muka dia agak sensitif. Kenapa saya kata sensitif? Kulit muka dia kemerah-merahan dan agak kasar. Sewaktu pantang 4 orang anak saya sebelum ini, saya tak pernah hadapi masalah sebegini. Mula-mula saya fikir ia ruam biasa saja atau pun ruam susu. Dah letak pelbagai krim, powder dan jumpa doktor, tak surut juga.. Sebelum ni, kakak saya asyik sarankan saya beli krim Elomet, dia suruh saya beli kat farmasi..entahlah..busy memanjang sampai tak ada masa nak ke farmasi.  Sebab dah berbulan powder dan krim yang saya pakai tak membantu , saya gagahi diri bawa anak jumpa doktor. Doktor cakap ia

Sakit Badan Selepas Bersalin

Assalamualaikum.. Saya merupakan antara peminat susu baik bancuh sendiri atau susu kotak jenama Dutch Lady.Tapi, sejak melahirkan anak ke-5 baru-baru ini pinggang saya sakit macam nak putus..Macam lah pernah putus pinggang kan? Heee...anak baru umur 5 bulan dah rasa sakit-sakit pinggul, belakang dan belikat. Eh! Belum cukup ke keperluan kalsium saya?  Bila menyusu anak, saya selalu mengiring menyebabkan belakang saya bertambah sakit. Bila dapat terbaring rasa lega sangat tapi sakit tu hilang sekejap sahaja. Selepas mengiring sebelah kanan mengiring pula sebelah kiri.Pasti ibu hamil dan menyusu yang lain juga mempunyai pengalaman seperti ini. sakit-belakang . Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen, bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya “jalan untuk bersalin”dapat diperbesarkan. Namun begitu adakah anda terfi