Langkau ke kandungan utama

10 PERKARA LUCU KETIKA MENYUSUKAN ANAK

Tentu ada ibu kat sini yang ada momen lucu ketika menyusukan anak. Kadang-kadang baby ada banyak ragam ketika menyusu. Sampai ada yang berak pun boleh steady lagi menyusu :-)

Jom kita lihat apa antara perkara lucu yang sering terjadi ketika menyusukan anak-anak.

1. Kesan bunyi ketika menyusu. Si kecil memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibu. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm...

 2.  Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! Ini selalu berlaku pada saya..kadang-kadang ketika sedang menyusu dalam kereta, air susu sampai memancut ke cermin kereta!

3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya.

4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu.

5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara.

6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia.

7.  Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu.

8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. Ini juga sering berlaku ketika sedang menonton televisyen. Kalau ada cerita yang diminati memang tak fokus lah pada penyusuan.

9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! Dengan tangisan lagi..tapi saya suka bunyi tidak sabar tersebut..sebenarnya suka nak kenakan bayi..oh bahagianya.

10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si manja serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga!


Sebagai ibu memberikan yang terbaik untuk anak-anak adalah satu kepuasan. Saya sayang keluarga saya.

Nak jadi member shaklee? Klik sini

Nak beli barangan shaklee? Klik sini

Atau anda boleh whatsapp saya terus di talian 013.821.4890

salam sayang

 
Sumber : Pa&Ma

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…