Langkau ke kandungan utama

5 KESAKITAN YANG PERLU ANDA TAHU LEPAS BERSALIN

Kadang-kadang kaum wanita lupa seketika pada kesakitan selepas melahirkan anak. Ini kerana perasaan teruja mengatasi segalanya. Setelah 9 bulan membawa perut yang memboyot, sekian jam bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat tersayang, anda akan melalui satu fasa yang sukar digambarkan perasaannya.

Hanya ibu yang melaluinya sahaja dapat berkongsi perasaan tersebut. Rasa sakit, gembira, sedih, teruja, sayu membuatkan anda akan mengenang momen ini sampai bila-bila.


Apa pun kesakitan selepas bersalin yang dialami pasti akan membuatkan anda tidak selesa pada awal-awal minggu pertama. Rujuklah pada doktor anda sekiranya sakit tersebut semakin
tidak menyelesakan anda. Antara rasa sakit yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Kejang di perut
Anda mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut, terutamanya ketika menyusukan bayi. Jangan risau! Ketika ini rahim anda sedang mengecut semula ke saiz sebelum kehamilan. Ini adalah petanda baik bahawa anda sedang kembali kepada keadaan normal. Kesakitan ini mungkin berlanjutan selama beberapa hari. Tetapi jika kesakitan kontraksi adalah serius,pengambilan paracetamol boleh melegakan kesakitan. Anda juga boleh berehat sebentar dan pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Pengambilan vitamin turut membantu anda mengatasi masalah ini.

 
2. Pundi kencing
Pada hari pertama selepas bersalin, membuang air kecil yang banyak adalah perkara biasa kerana badan mengeluarkan cecair tambahan yang terdapat sepanjang mengandung. Mungkin pada peringkat awal, agak sukar membuang air kecil disebabkan rasa sakit, tetapi cuba buang air kecil sebaik sahaja selepas bersalin. Apa yang anda boleh lakukan adalah 

*Bangun dan berjalan ke sana sini untuk menggalakkan pengaliran air kencing.
*Berendam dalam air mandian. Jangan risau sekiranya anda membuang air kecil dalam air mandian. Kemudian bilas diri anda dengan air bersih.

*Jika mempunyai jahitan, cuba tuangkan air suam ke atasnya ketika anda membuang air kecil untuk mengelakkan rasa perit.


3. Pendarahan
Anda mungkin mengalami pendarahan faraj (nifas) dalam masa dua hingga enam minggu. Jika menyusukan bayi, pendarahan ini mungkin terhenti dengan lebih cepat. Lelehan merah cerah keluar dengan banyak pada mulanya tetapi beberapa hari berikutnya, lelehan berkurangan dan beransur-ansur berwarna coklat. Biasanya lelehan ini berterusan hingga kitaran haid yang pertama.
Pakailah tuala wanita bagi menyerap lelehan tersebut dan mengelakkan anda berasa tidak selesa.


4. Usus
Anda mungkin tidak membuang air besar dalam tempoh sehari atau lebih selepas bersalin. Bagi mengelakkan masalah sembelit, bangun dan berjalan dengan kerap perlahan-lahan. Dengan berbuat demikian,usus anda akan mula bekerja semula. Selain daripada itu pastikan anda minum banyak air dan makan makanan tinggi fiber untuk membantu merangsang usus. Jika hendak buang air besar, lakukan segera, tetapi jangan secara paksa atau meneran.
Anda juga boleh mengambil Ostematrix Shaklee sekiranya anda mengalami masalah sembelit. Ini kerana Ostematrix membantu melembutkan najis.
 
Bimbang jahitan luka terbuka juga boleh menjadi sebab anda takut untuk membuang air besar. Jangan risau. Jahitan tidak akan terbuka sekiranya anda menggerakkan usus tetapi anda mungkin lebih selesa dan yakin jika memegang sehelai tuala wanita pada kawasan berkenaan ketika membuang air besar. Pengambilan zinc complex setiap hari membantu menyembuhkan luka anda dengan cepat.


5. Jahitan
Bahagian ini mungkin berasa sakit untuk tempoh masa sehari dua selepas bersalin. Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh lakukan perkara berikut:

* Berlatih senaman lantai pelvik secepat mungkin selepas kelahiran supaya cepat sembuh.

* Pastikan jahitan dalam keadaan bersih dengan cara mencuci menggunakan air bersih. Keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna. 
 * Legakan rasa sakit dengan meletakkan bungkusan pek ais yang dibungkus dengan tuala pada kawasan berkenaan.
* Baring untuk mengurangkan tekanan ke atas jahitan


Set Bersalin Shaklee boleh membantu pantang anda berjalan lancar dan tidak meremehkan. Tidak perlu bancuh kecuali ESP, tidak perlu sapu. Hanya ambil beberapa vitamin dan berpantanglah seperti biasa.


 Nak order? Boleh hubungi saya
013.821.4890 

atau nak order sendiri
klik kat bawah ni

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b55d83ccddafa95f0dddb6e63d593cc9
 
sumber : Pa& Ma

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…