Langkau ke kandungan utama

KEKAL LANGSING DENGAN MENYUSU

Menyusukan anak merupakan momen indah bagi setiap ibu. Tahukah anda dengan menyusukan anak, kita akan cepat kurus. Haa teruja kan?

Kenapa?

Selepas bersalin, kebanyakan ibu mempunyai perasaan curiga bagaimana nak dapatkan berat badan normal semula. Maklumlah ketika mengandung berat badan naik dengan banyak sekali. Kalau fikir logik, dengan penambahan berat badan antara 10 hingga 13 kg sepanjang mengandung tentu sahaja mengambil masa yang lama untuk menguruskan badan semula.

Tapi, tahukah anda ada cara yang lebih mudah untuk kurus tanpa perlu membayar! Yang penting kesabaran dan kerajinan ibu sendiri. Menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif sejak melahirkan anak hingga berusia dua tahun merupakan cara terpantas dan termudah untuk ibu menguruskan badan!
 
Faktanya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu yang menyusukan lebih mudah turun berat badan berbanding ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Menyusukan anak bukan tugas yang mudah. Ibu perlu menyusukan anak setiap masa tanpa had jika ibu ada bersama anak. Ketika orang lain lena tidur di waktu malam, ibu pula perlu berjaga untuk menyusukan anak.
Bagaimanapun jangan risau, sebab ibu dapat menikmati banyak kelebihan dengan menyusukan anak. Antaranya kita dapat memberikan makanan yang berkhasiat untuk anak, masa menyusu adalah 'bonding time' yang paling berharga antara ibu dan anak dan yang paling 'best' sekali, menyusu anak boleh membuatkan ibu kekal langsing!
1. Bakar kalori ibu
Anak kita cuma memerlukan sebanyak 300 hingga 500 kalori sahaja setiap hari. Anak akan ambil kalori yang diperlukan ini daripada lemak-lemak yang ada pada badan ibu. Jadi, lemak-lemak dalam badan ibu yang terhasil daripada pemakanan ibu tidak sempat 'duduk' lama dalam badan sebab sudah terbakar dengan sendirinya semasa anak menyusu. Tak hairanlah badan ibu yang menyusu kekal langsing walaupun makan banyak.

2. Hanya pemakanan berkhasiat sahaja
Lumrah ibu menyusu anak hanya akan makan makanan yang berkhasiat sahaja untuk memastikan susu yang terhasil berkualiti dan penuh nutrisi untuk tumbesaran bayi. Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, oat, susu, ikan, daging, ayam, makanan sunnah dan lain-lain lagi. Kesemua makanan tersebut adalah makanan yang menyihatkan dan tidak menggemukkan. Sudah tentu dengan cara ini secara tidak langsung kita telah menjaga cara pemakanan yang lebih menyihatkan dan tidak membuatkan badan cepat gemuk.
Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.
 
3. Minum banyak air
Ibu menyusu akan minum air dengan banyak. Itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan. Kenapa? Kerana menyusukan anak akan membuatkan ibu cepat dahaga. Setiap kali susu keluar, ibu perlu menggantikan semula air dalam badan supaya boleh digunakan untuk menghasilkan susu semula. Ibu menyusu perlu minum banyak air masak. Air masak memang membantu dalam proses membuang toksin dan lemak-lemak dalam badan. Jadi, secara tidak langsung selain cukup air untuk menghasilkan semula susu, kita juga mempunyai cukup air untuk menguruskan badan.

4. Hormon gembira berkesan
Orang kata ibu menyusu perlu sentiasa gembira. Bila ibu gembira, susu yang keluar juga akan lebih lancar. Ia memang fakta yang betul! Secara psikologinya juga, sekiranya kita gembira, badan kita akan mengeluarkan hormon yang positif. Maka proses untuk menurunkan berat badan juga lebih mudah dan lancar apabila ibu mempunyai aura positif dalam badannya.

Dengan Set Menyusu Shaklee, masalah air susu kurang tiada lagi! Ini kerana nutrisi yang terdapat dalam Set Menyusu Shaklee memang membantu ibu untuk mendapatkan air susu yang banyak dan pekat.

Dapatkan Set Menyusu Shaklee anda dari saya

Nak dapatkan harga murah ? klik sini

#Pengedar Shaklee PetraJaya
#Pengedar Shaklee Matangjaya
#Pengedar Shaklee Kuching

Salam sayang
 
 
sumber : Pa & Ma

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…