Sebenarnya lepas bersalin memang isteri lah paling susah hati! Kenapa? Sebab time ni isteri biasanya sedang berfikir-fikir nak mencari kaedah merancang yang sesuai. Kalau mengandung lagi, nanti kena marah misi..hehe..
Sebenarnya persoalan mengenai merancang keluarga perlu dibincangkan bersama-sama meskipun kebanyakan kaedah perancang keluarga adalah pada isteri itu
sendiri, tetapi suami juga perlu memainkan peranan penting.
Antara kaedah perancang keluarga yang biasa digunakan adalah:
v. Kaedah semulajadi
Kaedah perancangan keluarga biasanya akan ada kesan sampingan pada isteri melainkan penggunaan kondom dan kaedah semulajadi.
Kesan sampingan yang biasanya isteri akan alami selalunya adalah :-
1. Perubahan hormon hinggakan berat badan naik mendadak.
2. Ada yang bagi kesan pada kulit hingga naik jerawat bertubi-tubi.
3. Ada juga yang menyebabkan kitaran haid terganggu hingga menyebabkan langsung tidak datang haid.Mesti huru hara jadinya dalam badan kalau darah haid tidak keluar setiap bulan kecuali mengandung lah kan
4. Sakit pinggang yang melampau
5. Ada yang keluar darah haid tanpa henti sampai sebulan! Memang boleh pengsan la sebab kekurangan darah (anemia)
6. Perubahan emosi. Akan selalu marah-marah disebabkan keletihan melampau ataupun badan mudah sakit lenguh.
7. Moody.
Sebab itu isteri akan bertukar rupa apabila perlu mengambil kaedah perancangan seperti di atas melainkan kaedah semulajadi ataupun
menggunakan kondom.
Merancang dengan menggunakan kaedah semulajadi adalah wajib mengira
waktu subur kita setiap bulan. Perlu memahami kitaran haid iaitu waktu
ovulasi berlaku. Bukan sahaja penting untuk mereka yang ingin hamil
tetapi untuk mencegahnya.
Sebenarnya mudah sahaja untuk mencegah daripada hamil secara semulajadi. Tetapi kena pastikan kitaran haid adalah teratur ya.
Contoh 1 pengiraan waktu subur:
Katakan anda datang haid dalam satu kitar (dalam sebulan) adalah 28 hari (28 hari /2 = 14hari).
Maka hari subur (proses ovulasi iaitu ovum telur matang untuk disenyawakan) adalah 28 hari-14hari = 14 hari.
Jadinya hari ke 14 adalah hari subur anda.
Pengiraan hari subur bermula dari hari pertama datang haid setiap bulan.
Contoh 2 pengiraan waktu subur:
Katakan anda datang haid dalam satu kitar (dalam sebulan) adalah 30 hari (30 hari /2 = 15hari).
Maka hari subur (proses ovulasi iaitu ovum telur matang untuk disenyawakan) adalah 30 hari-15hari = 15 hari.
Jadinya hari ke 15 adalah hari subur anda.
Pengiraan hari subur bermula dari hari pertama datang haid setiap bulan.
Mudah kan.
Untuk lebih mudah dan senang, anda boleh mengambil GLA untuk membantu
mencegah kehamilan. Ia adalah dalam bentuk pil (kapsul) tetapi bukan
pil perancang tau.
GLA sebagai pil perancang keluarga tanpa kesan sampingan.
Kebiasaanya GLA diambil untuk mereka yang ingin hamil. Tetapi konsep yang sama boleh digunakan untuk mencegah kan.
GLA untuk hamil diambil sebelum proses ovulasi berlaku untuk
memastikan telur ovum matang dan mudah untuk disenyawakan oleh sperma.
Kalau untuk mencegah prosesnya adalah vice versa kan. Diambil semasa proses ovulasi.
Kaedah perancang keluarga dengan menggunakan GLA adalah lebih selamat dan paling penting tiada kesan sampingan.
Malah GLA akan membantu badan wanita untuk lebih sihat, bertenaga,
dan boleh menjadikan kulit muka lebih cantik (GLA boleh menghilangkan
jeragat di muka jika konsisten ambil). GLA juga membantu untuk
menormalkan hormon-hormon di dalam kita kerana kandungan utamanya adalah
EPO (Evening Primrose Oil).
Bestnya.Tentu badan kita pun semakin cantik dan menawan manakala suami pun akan lebih sayang kan.? :-)
Ulasan