Langkau ke kandungan utama

BELL'S PALSY BUKAN STROKE

Apakah itu Bells Palsy




Nama Bells Palsy diambil sempena nama pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Bell’s palsy adalah masalah yang mengakibatkan kelumpuhan atau kelemahan pada salah satu sisi otot di wajah yang yang bersifat sementara. Keadaan ini menyebabkan salah satu daripada sisi dari wajah akan terlihat melorot atau pun senget. Walaupun belum diketahui apakah punca yang jelas, Bell’s palsy lebih kerap terjadi pada  pesakit diabetes, dan HIV

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy
Saraf yang rosak pada sebahagian wajah akan memberikan kesan yang menggangu kepada deria rasa dan cara tubuh anda dalam menghasilkan air mata dan air liur. 
Untuk pengetahuan anda Bell’s palsy bukanlah merupakan penyakit stroke dan kajian menunjukkan  kondisi yang boleh menyebabkan terjadinya kelumpuhan Bell’s palsy pada wajah adalah.
  • Kecacatan selepas kelahiran. Keadaan ini boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan dengan kelemahan atau kelumpuhan pada wajah.
  • Cedera Kemalangan. ianya boleh terjadi kerana luka tebukan atau koyakan pada dagu atau retak pada tulang tengkorak.
  • Cedera pembedahan. Keadaan ini selalunya terjadi dalam operasi kelenjar parotid.
Pada kebanyakan masalah Bell’s palsy, kelumpuhan pada salah satu sisi wajah boleh pulih sepenuhnya. Jika Anda mengalami kelumpuhan di salah satu sisi wajah, lakukan temujanji dengan doktor serta physiotherapist untuk memahami apa sebenarnya yang terjadi.

Simptom Masalah Bells Palsy
Antara simptom yang terjadi pada Bell’s palsy berlaku dengan kadar yang  cepat dan mencapai kesan dalam waktu dua hari. Gejala yang terjadi boleh berbeza beza. Ini adalah simptom yang biasanya berlaku pada Bell’s palsy.

Salah satu sisi wajah akan mengalami kelumpuhan atau kelemahan. Sisi wajah yang terkena akan kelihatan melorot dan Anda tidak  boleh menggerakkannya. Anda akan mengalami kesulitan untuk membuka atau menutup mata dan mulut.
  • §  Sakit telinga pada sisi wajah yang mengalami kelumpuhan.
  • §  Telinga yang terkena bahagian bell palsy akan lebih sensitif terhadap bunyi.
  • §  Berdengung di salah satu telinga atau keduanya.
  • §  Penurunan atau perubahan pada deria rasa.
  • §  Bagian mulut yang terkena tidak mampu menahan air liur dari meleleh keluar (Drooling).
  • §  Mulut terasa kering.
  • §  Rasa sakit pada sekitar rahang.
  • §  Sakit kepala dan pening
  • §  Kesulitan untuk makan, minum, dan bercakap

Simptom yang dinyatakan di atas biasanya akan mulai sembuh dan berkurangan dalam waktu dua hingga tiga minggu dan akhirnya pulih sepenuhnya dalam waktu sembilan hingga sepuluh bulan.
Tidak ada ujian yang boleh dilakukan untuk memastikan diagnosis terhadap Bell’s palsy. Ujian dilakukan untuk memastikan gejala yang ada bukan disebabkan masalah kondisi lain yang boleh menyebabkan kelumpuhan atau kelemahan wajah, seperti stroke.
  Keadaan lain yang boleh menyebabkan gejala yang mirip adalah:
  • Tumor. Pertumbuhan sel sel yang abnormal sekitar wajah dan leher.
  • Stroke
  • Sindrom Moebius. kondisi yang sangat jarang terjadi dan muncul sejak lahir.
  • Infeksi telinga tengah. Kondisi yang cukup umum terjadi pada kanak-kanak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
  • Penyakit Lyme. jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang disebarkan oleh kutu.
  • Kecederaan kepala. Kondisi yang boleh terjadi pada semua orang akibat pukulan, terjatuh, atau trauma
  • Kolesteatoma. penumbuhan kulit abnormal yang ada di telinga bagian tengah.
Kebiasaannya doktor akan memeriksa kepala, telinga, dan leher anda. Kemudian doktor juga akan memeriksa otot-otot wajah untuk memastikan apakah hanya saraf wajah yang terkena. Jika doktor tidak mendapati adanya masalah lain, ianya akan didiagnosiskan gejala yang terjadi itu adalah akibat Bell’s palsy.
Berikut ini beberapa ujian perawatan yang dilakukan 
  • Elektromiografi. Pemeriksaan ini berguna untuk mengukur aktiviti elektrik dari otot dan saraf anda. Informasi yang diberikan alat ini boleh digunakan untuk mengetahui apakah terdapat kecederaan atau kerosakan saraf.
  • MRI. Prosedur ini boleh  dilakukan untuk mengetahui penyebab munculnya tekanan pada saraf wajah Anda.
  • CT scan. Prosedur ini dilakukan untuk mengetahui kondisi lain yang menyebabkan gejala yang anda alami, tujuan adalah untuk mengetahui apakah terdapat infeksi atau tumor. Prosedur ini juga dapat  mengesan apabila terdapat keretakan tulang pada wajah.

Punca terjadinya Bell’s Palsy



Bell’s palsy disebabkan oleh saraf yang mengendalikan otot atau saraf wajah mengalami keradangan atau terhimpit. Dari otak, saraf wajah melalui laluan sempit di dekat rahang bahagian atas. Ketika saraf wajah ini terhimpit atau mengalami keradangan, signal yang dikirimkan otak menuju ke otot wajah akan terganggu. Gangguan inilah yang menyekat pengaliran darah dan oksigen menuju ke sel-sel saraf, akibatnya terjadi kelemahan atau kelumpuhan pada wajah yang disebut dengan istilah Bell’s palsy.
Penyebab terjadinya keradangan pada saraf wajah masih belum diketahui. Ada kemungkinan keradangan maupun himpitan saraf wajah disebabkan oleh jangkitan virus, salah satunya adalah virus herpes. Berikut ini beberapa hal yang dikaji menjadi penyebab munculnya Bell’s palsy.
  • Virus herpes simpleks. sejenis virus yang menyebabkan herpes genital, baik herpes Type 1 (HSV-1) atau Type 2 (HSV-2).
  • Virus varisela zoster (KAYAP). sejenis virus ini yang menyebabkan cacar air dan cacar api. Virus ini lebih jarang menyebabkan Bell’s palsy, tapi boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius.
  • Penyakit Lyme. Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang disebarkan oleh kutu.
  • Sifilis. Penyakit ini disebabkan oleh virus Treponema pallidum.
  • Virus EpsteinBarr. Virus jenis ini yang mengakibatkan demam kelenjar.
  • Cytomegalovirus. Virus ini termasuk dalam kelompok virus herpes. Virus ini boleh menyebabkan gejala yang mirip seperti flu, demam kelenjar, sakit tekak, dan pembengkakan kelenjar.
Selain otot-otot wajah, saraf wajah juga mempengaruhi penghasilan air mata, air liur, deria rasa, dan mengawal tulang kecil yang berada di tengah telinga.
Kajian terbaru menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah HIV dan diabetes juga berpeluang menerima masalah Bell’s Palsy, walaupun punca belum jelas dan belum diketahui dengan pasti. Jangkitan  saluran pernafasan atas juga boleh menjadi faktor yang meningkatkan risiko mengalami Bells palsy
Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Bagaimana VIVIX Shaklee boleh membantu pesakit Bell's Palsy


 
Salah satu suplemen Shaklee yang terbaik di dunia adalah Vivix. Bukan sahaja terbukti sebagai ejen anti-penuaan, ia juga menyokong kesihatan otak dan urat saraf. 

Antara kandungan Vivix adalah anggur muscadine iaitu anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa 19 kromosom). Oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaikAnggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria. Banyak fitonutrien (phytonutrients) hadir dalam anggur muscadine telah diiktiraf sebagai antioksidan dan agen anti-radang yang paling berkuasa terutama pada kulit dan bijinya. Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, dan mempunyai jumlah kalium, serat dan sumber vitamin C yang sihat. Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oat.
Mari kita lihat antara testimoni mereka yang mengalami Bell's Palsy dan bagaimana VIVIX boleh membantu mereka.
 
Jadi, apa tunggu lagi? Nak beli sendiri?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=019cdb6d10ea8a839ece9125c4d4b6cd
Nak saya belikan untuk anda?

Hubungi saya

013 821 4890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am