Langkau ke kandungan utama

APA ITU LECITHIN

APA ITU LECITHIN?

Lecithin merupakan komponen lemak penting yang diperlukan oleh sel badan kita. Ia boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur.Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri.Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.
  • Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita. 
  • Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.
  • Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi.
Kebaikan Lecithin

      1.Kepada jantung dan hati 
  • Sebagai komponen untuk kesihatan jantung, lecithin mengelakkan kerosakan yang berisiko berlaku dari penyakit arteri koronari. Fungsi penting lecithin ialah mengelakkan kolestrol dan lemak yang lain daripada melekat. Ia  memberi manfaat kepada mereka yang cenderung untuk mendapat penyakit jantung
  • Pelincir yang didapati daripada lecithin menghasilkan lapisan yang licin yang menyebabkan lemak yang besar sukar untuk dilepasi.Apabila lemak yang besar tidak dapat melepasi kawasan spesifik dalam tubuh kita, ia akan dihantar ke hati untuk proses metabolisme dan ditukar kepada tenaga.
  • Apabila mengamalkan lecithin, peredaran darah dapat ditingkatkan yang mengelakkan berlakunya darah beku dan mengekalkan kesihatan hati. Lecithin juga dapat memberi kesan positif dalam membaiki kerosakan hati yang diakibatkan oleh  pengambilan alkohol atau bahan toksin yang lain.

          2.Terhadap tahap kolestrol
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Soy lecithin digunakan bagi merawat pesakit darah tinggi selama berdekad. Ia mengawal peredaran nutrisi masuk dan keluar dari sel dan mengelakkan lemak daripada dibina di dinding jantung, arteri dan otak kita dengan memecah komponen lemak ini.
          3. Terhadap otak
  •  Lecithin telah menunjukkan manfaat bukan sahaja kepada jantung malah mampu memberi faedah kepada otak.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan lecithin lebih cenderung untuk mengingati informasi yang spesifik dan meningkatkan keupayaan memori.
  • Nutrisi utama yang terkandung dalam soy lecithin ialah phosphatidylcholine (PC). PC  merupakan antara bahan yang mengelilingi membran sel kita. Tubuh kita memecah PC kepada choline yang sangat dikenali sebagai komponen penting untuk kesihatan otak. Choline sangat penting untuk mengelakkan kehilangan memori terutamanya di kalangan orang tua.
         4.Menurunkan berat badan 
  • Penurunan berat badan yang sihat
  • Lecithin  mempercepatkan pemecahan lemak yang membantu seluruh proses penurunan berat badan serta meningkatkan kadar metabolisma.
  • Lecithin seringkali digunakan secara efektif sebagai diet yang sihat dalam proses menurunkan berat badan.
  • Apa yang paling istimewa ialah kerana lecithin adalah bahan semulajadi, ia membenarkan tubuh badan kita untuk menurunkan berat tanpa bergantung kepada ubat yang mungkin berisiko kepada tubuh kita.
 Tanya saya
013-8214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…