Langkau ke kandungan utama

10 Risiko Makan Durian Ketika Hamil

Alamak!! Sedapnya durian ni. Dahlah warna kekuningan...yummy..
Siapa yang tak terliur melihat buah durian yang kekuningan warnanya dan lemak manis rasanya. Apatah lagi sekarang ini tengah musim buah durian. Jadi, di mana-mana sahaja akan ternampak raja buah ini. Kalau before ni nak makan pun tak kesampaian sebab rega mahal..haaa..kini dah murah uolss.

Bagi pecinta buah durian, memang tak akan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan buah bermusim ini. Tetapi kalau si pecinta itu seorang ibu hamil, ramai yang menasihatkan supaya kurangkan niat untuk makan buah durian.
Betul ke ibu hamil tak boleh makan durian? Apa kesannya kepada anak dalam kandungan?

Menurut Dr.Zubaidi dalam blognya, setakat ini tiada sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Saintis moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ia tidak selamat dimakan ibu hamil.

Tiada sebarang sebab untuk mengatakan yang makan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada bakal ibu atau ruam kepada bayi baru lahir..yeayyy...boleh teruskan makan durian..hehe
Walau bagaimanapun, ibu hamil dinasihatkan makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi.

Dua ulas saiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian juga berada dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, maka sebaiknya hadkan pengambilannya semasa hamil.

Ibu hamil yang mempunyai diabetes semasa hamil hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Berikut ini pula adalah risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil jika mereka makan durian secara berlebihan seperti dipetik daripada hamil.co.id :

1. Risiko lahir tak cukup bulan
Dikatakan jika ibu hamil makan durian secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

2. Risiko keguguran
Bagi yang mengandung di awal trimester, elakkan terlebih dahulu daripada makan durian. Ini kerana bimbang kandungan alkohol dalam durian boleh menyebabkan rasa panas dalam rahim. Ditakuti janin tidak boleh tahan dengan suhu badan yang panas akibat makan durian seterusnya berisiko keguguran.

3. Mengalami kontraksi awal
Ada ibu yang mungkin boleh mengalami kesan kontraksi awal selepas makan durian. Kontraksi tersebut salah satu tanda untuk melahirkan. Oleh kerana ibu tidak tahu tahap penerimaan masing-masing terhadap durian maka seeloknya elakkan makan durian secara berlebihan atau jangan makan terus!

4. Mendapat diabetes
Ibu hamil cenderung untuk mendapat diabetes, apatah lagi jika makan terlalu banyak durian yang tinggi kandungan gulanya.

5. Mengalami hipertensi
Durian juga boleh menyebabkan hipertensi semasa hamil. Ini disebabkan kandungan  kolesterol yang tinggi dalam durian. Kadar kolesterol yang tinggi di dalam badan ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Pembuluh darah yang sempit boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

6. Serangan praeklampsia
Ibu hamil yang selalu mengalami hipertensi akibat makan durian boleh juga diserang praeklampsia. Praeklampsia menyebabkan ibu hamil mengalami pembengkakan muka dan tangan serta seluruh badan. Praeklampsia yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

7. Serangan kolestrol tinggi
Ibu hamil berisiko mendapat masalah kolesterol tinggi jika terlalu kerap dan banyak makan durian. Kolesterol tinggi ketika hamil boleh membuatkan ibu tidak selesa, masalah penyempitan penyempitan pembuluh darah seterusnya aliran darah ke jantung jadi tidak lancar.

8. Risiko bayi besar
Kandungan kalori yang tinggi di dalam durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. Bila berat badan bayi terlalu besar, ibu berisiko untuk melahirkan secara pembedahan caesarean.

9. Kekurangan oksigen
Penyempitan pembuluh darah membuatkan aliran darah serta oksigen di dalam badan ibu hamil menjadi tidak lancar ke badan bayi. Hal ini menyebabkan bayi dalam kandungan kemungkinan kekurangan oksigen. Bayi yang kekurangan oksigen berisiko lemas di dalam rahim ibu kerana pergerakannya menjadi tidak aktif.

10. Kekurangan darah
Aliran darah ke bayi dalam kandungan yang tidak lancar menjadikan bayi kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat diperlukan oleh bayi. Jika kurang bayi berisiko terkena masalah anemia.

Selepas membaca maklumat ini, buatlah keputusan dengan bijak. Bukan ibu hamil tak boleh makan durian tetapi biar berpada-pada. Jangan ikut nafsu, fikirkan keselamatan diri dan 'orang di dalam'.

Sumber: drzubaidi.com & hamil.co.id

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…