Langkau ke kandungan utama

KETAHUI GEJALA KANSER TULANG DAN CARA RAWATAN

Assalamualaikum

Apa yang anda tahu berkenaan KANSER TULANG? 


Kanser tulang ialah sejenis kanser yang memberi kesan tulang. Ia boleh dihidapi oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Meskipun tidak dikategorikan sebagai antara kanser yang menjadi pembunuh nombor satu negara, kanser tulang juga perlu diawasi kerana ia sukar dikesan pada peringkat awal.

Bagi kanak-kanak dan remaja, kanser tulang lebih sukar dikesan kerana simptomnya tidak dapat dibezakan dengan bengkak biasa malah biasanya sembilan daripada 10 kebengkakan yang berlaku dikesan sebagai bukan barah dan hanya satu daripadanya adalah kanser tulang.

Perunding Pakar Bedah Ortopedik dan Pakar Onkologi Muskuloskeletal Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) Prof Dr Zulmi Wan berkata, meskipun kanser tulang sukar dikesan di peringkat awal, ibu bapa seharusnya tidak memandang remeh sekiranya terdapat bengkak pada bahagian tulang anak terutama dengan simptom seperti sakit yang berlanjutan terutama pada waktu malam.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda kanser tulang, termasuk:
  • Sakit. Seseorang akan merasa sakit pada tulang yang diserang. Sakit ini biasanya meningkat secara beransur-ansur dan menjadi lebih teruk, terutama apabila tulang dipindahkan atau apabila waktu malam.
  • Bengkak. Kawasan di sekitar kanser tulang yang terjejas akan mengalami bengkak dan kemerahan. Walaupun bengkak berlaku berhampiran sendi, sendi akan menjadi sukar untuk bergerak.
  • Kelemahan tulang. Kanser tulang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Walaupun ia adalah teruk, jatuh kecederaan biasa atau kecil boleh membuat tulang yang patah.
  • badan terasa letih.
  • Pengurangan berat.
  • Demam.
  • Berpeluh, terutama pada waktu malam.
Ini kerana katanya, antara ciri kesakitan disebabkan kanser ialah apabila kesakitan sering berlaku pada waktu malam tapi tidak berasa sakit pada waktu siang. Justeru jika anak mengadu sakit pada bahagian yang bengkak, seharusnya diberi perhatian serius dan rujuk lah kepada pakar.

Yang lebih penting, sekiranya ada ahli keluarga mempunyai sejarah kanser mereka perlu lebih berwaspada kerana kemungkinan genetik kanser ini ada pada anak cucu dan seterusnya dan ia boleh dikesan pada peringkat awal.

Sejarah kanser yang berlaku pada ibu bapa, datuk, nenek atau ahli keluarga lain tidak semestinya kanser sama, asalkan namanya kanser, ibu bapa perlu memberi perhatian lebih jika anak mereka mengalami simptom kanser tulang.

Terdapat dua jenis kanser tulang iaitu primer dan sekunder. Kanser tulang primer biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan individu bawah 30 tahun manakala kanser tulang sekunder pula banyak terjadi kepada orang dewasa dan tua.

Peluang untuk pesakit kanser tulang primer biasanya mempunyai peluang utk sembuh kerana ia masih berada di tahap pertama atau awal.

Sesetengah masyarakat beranggapan kanser tulang hanya bengkak biasa seperti terseliuh yang akan surut beberapa hari selepas diubati. Hakikatnya, kanser tulang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Kanser tulang primer bermula daripada tulang manakala kanser tulang sekunder merebak dari tempat lain ke tulang dan kanser tulang ini adalah yang paling banyak ditemui.

Dengan kepakaran dan teknologi masa kini, pesakit kanser tulang tidak perlu bimbang berhubung kehilangan anggota tubuh mereka kerana masih ada rawatan alternatif.

Prosedur salvaj adalah satu kaedah pembedahan yang hanya membuang bahagian yang terkena kanser dan mengekalkan anggota sedia ada.

Tulang yang terkena kanser akan digantikan dengan tulang baru yang dikenali sebagai megaprostesis atau alograf, atau kombinasi prostesis dan alograf yang dikenali sebagai alloprostesis.

Prostesis ialah alat gantian yang diperbuat daripada besi atau aloi yang dimasukkan ke dalam tubuh bagi menggantikan bahagian tulang yang dibuang.

Alograf pula ialah tulang gantian (tulang manusia) yang sudah diproses diperoleh sama ada dari bank tisu tempatan atau diimport dari luar negara.

Menurut Dr Zulmi, proses penyembuhan selepas pembedahan tulang kebiasaannya tidak mengambil masa lama sebaliknya proses rehabilitasi yang memerlukan masa yang panjang kerana pesakit perlu mendapatkan semula pergerakan sendi, membangunkan semula otot dan mengajar cara berjalan semula.

Proses ini bergantung kepada individu namun biasa­nya proses itu mengambil masa enam bulan dan bagi kanak-kanak atau remaja yang mengalami kanser tulang, mereka dinasihatkan untuk mengambil cuti rehat selama setahun daripada sekolah untuk menjalani rawatan dan pemulihan. Selepas tempoh itu, barulah mereka boleh memulakan kembali persekolahan.

Oleh itu ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap perubahan fizikal anak-anak mereka. Sekiranya anak mengadu sakit, segera beri perhatian dan bawa berjumpa doktor.

Meskipun kanser tulang jarang berlaku, kesedaran masyarakat terhadap penyakit ini masih rendah dan membimbangkan.

Ramai tidak tahu jika anak mereka sakit kanser tulang dan menganggap ia terseliuh atau sakit biasa dan membiarkannya tanpa membawa berjumpa doktor pakar.

Kebiasaannya tulang yang dijangkiti kanser akan merasa sakit dan bengkak. Sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kematian.

Jika berasa sakit dalam tempoh dua minggu dan bengkak masih tidak hilang, segeralah berjumpa doktor untuk imbasan sinaran-X, imbasan tulang dan biopsi tulang untuk diagnosis.

Diagnosis
Sejarah pesakit yang terperinci, pemeriksaan fizikal pesakit yang menyeluruh berserta ujian makmal dan pengesanan tertentu seperti sinaran-x, imbasan tulang dan biopsi tulang (pembedahan kecil untuk mengambil tisu tulang dan diperiksa di makmal) mencukupi untuk mendiagnosis kanser tulang.

Rawatan
Rawatan kemoterapi (ubat antikanser), ujian makmal tertentu, rawatan radioterapi dan teknik pembedahan yang terkini, kebanyakan kanser tulang primer dan sekunder boleh dirawat.
Rawatan kanser tulang sekunder bergantung kepada punca kanser. Kebanyakan pesakit yang menghidapi kanser tulang peringkat akhir bertujuan memperbaiki mutu kehidupan dan meringankan gejala kanser tulang sekunder.

Proses penyembuhan
Peluang untuk sembuh semakin baik dan cerah dengan kemajuan ubat kemoterapi, selain pelbagai faktor yang boleh dibincang dengan pakar bedah ortopedik.
Radioterapi adalah satu cara untuk merawat kanser. Ia menggunakan radiasi seperti sinaran-X, sinaran gamma atau elektron untuk mengubati atau mengawal kanser. Perkataan itu berasal daripada ‘radio’ bermaksud sinaran dan ‘terapi’ bermaksud rawatan.
Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan kanser daripada membesar dan sel kanser daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel kanser dengan dua cara iaitu radiasi dalaman dan radiasi luaran.


Selain itu, pesakit kanser tulang juga boleh mencuba dan berikhtiar dengan vivix. Bagaimana vivix membantu?

Vivix membantu dalam mencegah kanser dengan melindungi sel & memperbaiki sel. Vivix membantu membaiki sehingga sampai kepada DNA sel. Sebab itu ia sangat bagus untuk orang normal yang hendak mencegah kanser. 

Kandungan Resveratrol dan Polifenol yang ada dalam Vivix juga membantu sel-sel memperbaiki semula DNA yang rosak disebabkan oleh sel kanser.

Kita berikhtiar Allah jua yang menyembuhkannya. In shaa allah 
 

Nak dapatkan Vivix?

KLIK SINI

Call @ wasap saya di talian 013-8214890
 sumber :  Harian Metro..tq very much

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…