Langkau ke kandungan utama

PAID IN FULL WITH 1 GLASS OF MILK

Assalamualaikum

Nak dengar satu cerita tak?

*PAID IN FULL WITH 1 GLASS OF MILK*
☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘

Untuk membiayai pendidikan, seorang anak miskin menjual barang dari pintu ke pintu. Suatu hari, anak lelaki ini benar-benar lapar tapi tidak punya wang untuk membeli makanan. 

Sampai di sebuah rumah, seorang wanita muda membuka pintu dan dia hanya meminta untuk diberi segelas air kerana dia terlalu malu untuk meminta makanan. Wanita muda tersebut membawakannya segelas susu segera dan diminum dengan rakus oleh anak itu.

Anak itu bertanya berapa banyak dia berhutang. Tetapi wanita tersebut hanya tersenyum dan berkata bahawa ibunya telah mengajarinya untuk bersikap baik kepada orang lain serta tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Anak itu meninggalkan rumah wanita tersebut dengan perut penuh dan hati yang penuh kekuatan baru untuk terus melanjutkan pendidikan dan terus bekerja keras. Namun setiap kali dia merasa ingin putus asa, dia teringat pada wanita itu, seseorang yang telah menanamkan keyakinan baru dan ketabahan di dalam dirinya.

Bertahun-tahun kemudian, di sebuah bandar, seorang pakar bedah ternama Dr. Howard Kelly dipanggil untuk berkonsultasi dengan seorang wanita separuh abad yang menderita penyakit yang serius. Ketika wanita tersebut mengatakan kepadanya nama kota kecil di mana dia tinggal, Dr. Kelly merasa memori samar muncul dalam fikirannya. Kemudian, secara tiba-tiba doktor itu tersedar. Dia adalah wanita yang telah memberinya segelas susu bertahun-tahun yang lalu.

Kemudian doktor tersebut melanjutkan konsultasi beliau dengan menyediakan wanita itu rawatan yang terbaik dan memastikan dia mendapatkan perhatian khusus. Bahkan, dia mengerahkan seluruh kemampuannya sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan hidup wanita tersebut.

Setelah lama dirawat di rumah sakit dengan melalui berbagai perawatan, wanita itu akhirnya bersiap untuk kembali ke rumah. Wanita itu sangat khuatir kerana pembiayaan rawatannya mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.
Suatu hari, dia menerima surat penagihan bil. Apabila dibuka, Dr. Kelly telah membayar seluruh bil hospital beliau dan menulis suatu catatan kecil untuknya::

*“Sudah dibayar lunas dengan segelas susu”*
*_("PAID IN FULL WITH 1 GLASS OF MILK")_*

Kesimpulannya, Teruslah berbuat kebaikan di dalam hidup anda. Bantulah orang lain walaupun anda hanya dapat memberikan bantuan yang kecil. Kerana bantuan kecil yang anda berikan walaupun sangat kecil bagi orang lain, tetapi ianya sangat berharga bagi orang yang memerlukannya. Percayalah, ketika suatu saat anda mengalami kesulitan, akan datang bantuan dari orang lain pula. Itulah balasan dari bantuan kecil yang anda berikan pada masa lalu.
Begitulah jua dengan pekerjaan/bisnes yang anda lakukan hari ini. Bantuan yang anda beri pada customer ataupun pada rakan-rakan di tempat kerja atau di mana-mana jua, semua itu tidak nampak pada mata kasar orang lain. Namun, ia sangat berharga bagi orang yang anda bantu itu.

#CVGGroup
#cvgleaders

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am