Langkau ke kandungan utama

Nak Tambah Air Susu??

susu
Adakah anda baharu bergelar ibu? Tahniah diucapkan. Antara tugas utama yang menanti anda pastinya memberikan si comel makanan awalnya iaitu susu ibu. Tugas menyusukan bayi memerlukan komitmen yang tinggi serta ilmu yang cukup bagi memastikan ia memberikan kejayaan.
 
Bagi ibu yang tidak bekerja, tugas menyusukan bayi secara eksklusif mungkin tidak sesukar ibu yang bekerja kerana apabila ada kemahuan daripada bayi, ibu boleh menyusukan bila-bila masa. Tetapi bagi ibu bekerja, mereka perlu membuat stok susu simpanan untuk keperluan harian si manja.Oleh itu amat penting untuk memastikan susu yang dikeluarkan adalah berkualiti. Saya syorkan para ibu untuk mengamalkan vitamin utk ibu menyusu dari Shaklee.




 
Oleh itu penting untuk ibu menyusu tahu bagaimana cara terbaik penyimpanan susu ibu termasuk kaedah membekukan dan mencairkan susu perahan. Oleh itu untuk memastikan susu perahan ibu bertahan lama dan boleh diberikan kepada bayi tanpa masalah, diharap tip berikut membantu anda.
 
Tip membekukan susu perahan
*Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.
 
*Simpan susu perahan anda dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan bayi supaya mudah mencairkannya.
 
*Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan anda. Susu yang dibeku dapat bertahan sehingga tempoh empat bulan.
 
*Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila anda hendak mencairkan dan memberikan kepada bayi.
 
Tip mencairkan susu beku
*Sekiranya anda ingin terus menggunakan susu beku, letakkan dalam bahagian bawah peti sejuk. Biasanya susu beku memerlukan tempoh sehari untuk mencairkannya. Hangatkan susu dengan cara merendam botol dengan air suam apabila hendak memberikan kepada bayi.
 
*Jika hendak menggunakan susu beku terus, rendam botol dalam air suam.
 
*Jangan bekukan kembali susu yang sudah dicairkan.
 
*Jangan cairkan susu dalam ketuhar gelombang mikro. Susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan enzim-enzim yang ada di dalamnya.

 

Teruja nak tambah air susu? Nak air susu mencurah2?

Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin



 
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…