Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kurang fokus

Pengambilan Omega Guard Untuk ADHD

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku. Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Dan kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk alami gejala ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Punca kepada ADHD tak diketahui, tapi ia dikaitkan dgn - faktor genetik - ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen. Gejala utama ADHD adalah hiperaktif, tiada tumpuan dan impulsif.  1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti; - tak duduk diam dan lasak di kerusi - tak henti-he...