Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bagaimana Sumbing Boleh Menjejaskan Pendengaran Kanak Kanak

Bagaimana Sumbing Boleh Menjejaskan Pendengaran Kanak Kanak

400mcg asid folic setiap hari semasa merancang dan di awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neutron sehingga 70% Masalah sumbing merupakan antara kecacatan yang paling kerap berlaku iaitu antara 1 dalam 500 kelahiran. Sumbing adalah rekahan atau celahan yang terjadi pada struktur bibir atau lelangit atau kedua-duanya sekali. Ia terjadi apabila struktur muka tidak bercantum sepenuhnya pada peringkat janin. Diperingkat awal kehamilan, bahagian muka akan terbentuk secara berasingan dan akan bercantum kemudiannya bagi membentuk bahagian yang lain. Jika terdapat kegagalan semasa proses tersebut, maka sumbing boleh berlaku. Sumbing bibir dan lelangit boleh terjadi secara berasingan atau bersama. Sumbing boleh menjejaskan pendengaran Sumbing boleh memberi kesan pada pendengaran. Rekahan pada lelangit  menjadikan kanak-kanak sukar untuk makan atau minum. Tatacara yang betul perlu diikuti sewaktu sesi penyusuan. Mereka akan menel...