Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Sumbing Boleh Menjejaskan Pendengaran Kanak Kanak



400mcg asid folic setiap hari semasa merancang dan di awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neutron sehingga 70%


Masalah sumbing merupakan antara kecacatan yang paling kerap berlaku iaitu antara 1 dalam 500 kelahiran.

Sumbing adalah rekahan atau celahan yang terjadi pada struktur bibir atau lelangit atau kedua-duanya sekali. Ia terjadi apabila struktur muka tidak bercantum sepenuhnya pada peringkat janin. Diperingkat awal kehamilan, bahagian muka akan terbentuk secara berasingan dan akan bercantum kemudiannya bagi membentuk bahagian yang lain. Jika terdapat kegagalan semasa proses tersebut, maka sumbing boleh berlaku. Sumbing bibir dan lelangit boleh terjadi secara berasingan atau bersama.


Sumbing boleh menjejaskan pendengaran
Sumbing boleh memberi kesan pada pendengaran. Rekahan pada lelangit  menjadikan kanak-kanak sukar untuk makan atau minum. Tatacara yang betul perlu diikuti sewaktu sesi penyusuan. Mereka akan menelan lebih udara sewaktu penyusuan dan menyebabkan susu mudah memasuki rongga hidung atau telinga tengah.
Oleh sebab percampuran makanan dan minuman melalui telinga atau hidung, bayi lebih mudah mendapat jangkitan dan akan mengalami kesan kurang pendengaran sementara. Masalah jangkitan pada telinga ini turut dikenali sebagai Otitis Media with EffusionKebiasaan berlaku pada usia 6 bulan pertama selepas kelahiran pada kesemua bayi dan semakin kerap terjadi pada kanak-kanak yang turut bermasalah sumbing.

Masalah jangkitan telinga ini juga turut berpunca daripada ketidakfungsian tiub yang berada di ruang antara telinga dan tekak. Otot-otot yang bertanggungjawab mengawal pergerakan tiub bagi tujuan keseimbangan udara menjadi kurang efektif kerana faktor lelangit yang tidak terbentuk secara normal sewaktu dalam kandungan. Keadaan pengudaraan yang kurang baik juga menyebabkan gegendang telinga menjadi tegang dan berlaku percampuran bendalir ke dalam ruang telinga tengah.
Jangkitan pada telinga menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami kurang pendengaran. Apa pun kebiasaannya adalah bersifat sementara. Tahap pendengaran bagi kanak-kanak sumbing yang bermasalah pendengaran kebiasaannya adalah sekitar tahap ringan hingga sederhana, terjadi samada pada kedua-dua belah atau satu telinga sahaja.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes terpencil yang melibatkan masalah pendengaran tersebut menjadi kekal. Oleh itu pengesanan awal sangat penting agar ia tidak mengganggu perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut.
Kajian menunjukkan sebanyak 90-93% antara mereka yang mempunyai masalah jangkitan telinga tengah turut mempunyai masalah pendengaran jenis sementara. Manakala tahap pendengaran yang ditunjukkan juga adalah lebih tinggi dengan purata tahap pendengaran mereka adalah berada pada tahap ringan.
Tahap pendengaran kanak-kanak bermasalah sumbing dikatakan lebih teruk berbanding kanak-kanak normal yang turut mempunyai masalah jangkitan telinga. Masalah pendengaran ini boleh berlarutan sehingga dewasa pada 20-30% di kalangan mereka dengan disertai bermasalah pendengaran jenis sementara.
Penggunaan alat bantu pendengaran pula merupakan salah satu pilihan bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Alat bantu pendengaran membolehkan kanak-kanak mendengar dengan lebih baik dan seterusnya merangsang perkembangan pertuturan dan bahasa. Alat pendengaran berfungsi untuk menguatkan isyarat bunyi mengikut tahap hilang pendengaran mereka.
Pemilihan alat bantu pendengaran yang bersesuaian dengan tahap pendengaran serta menepati spesifikasi keperluan yang optima membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang sumbing dapat mendengar. Ini seterusnya membolehkan mereka menjalani latihan pemulihan yang komprehensif. Ibu bapa dan penjaga disarankan agar mengikuti segala program intervensi yang diberi bagi merangsang perkembangan pertuturan dan bahasa anak yang konsisten.
Beberapa kajian telah menyatakan bahawa tahap pendengaran kanak-kanak bermasalah sumbing menjadi semakin berkurang apabila usia mereka semakin meningkat. Walau bagaimanapun mereka tetap akan menunjukkan kesukaran untuk menguasai bunyi-bunyi seperti /s/ dan /f/.

Sumber: myhealthportal



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...