Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tempoh Berpantang - Apa Yang Ibu Cari?

Kalau nak tahu tempoh berpantang adalah tempoh yang benar-benar menguji kesabaran seorang ibu. Tambah lagi kalau berpantang anak no.2, no.3. Ini menyebabkan kesihatan ibu akan sedikit terjejas dan antara situasi yang ibu bakal hadapi adalah : 
sembelit disebabkan kekurangan minum air/makanan berserat dan sukar untuk meneran/buasirsakit dibahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besarsakit dibahagian faraj akibat jangkitan kumanfaraj berbaupendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas dan pening kepalasakit kepala dengan penglihatan kabur atau berasa loyaimsonia akibat jadual tidur yang tidak menentudemam panaskemurungansakit rengatbengkak susukeguguran rambutkulit muka pucatwajah kurang berseriApa yang selalu ibu-ibu cari dalam set berpantang?
gambar sekadar hiasan :-)
1. kurus, ni paling utama :-) 2. luka cepat pulih 3. milk booster 4. mudah untuk diambil 5. bertenaga 6. kulit glowing sepanjang berpantang
Jom kita lihat apa yang boleh #vi…
Catatan terbaharu

Bengkak Susu Sebabkan Kematian, Ketahui Apa Punca Ia terjadi

Pernah kena bengkak susu?
alhamdulillah, sepanjang 5 kali berpantang saya tak pernah kena bengkak susu. Dengar cerita bengkak susu boleh sebabkan demam malah lebih teruk boleh sebabkan kematian.

Sebelum tu nak tau apa punca -punca bengkak susu terjadi
1. Lambat memulakan penyusuan pertama -selalunya ibu yang baru lepas beranak digalakkan terus menyusukan bayi. Ini kerana sekiranya lambat ia boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara dan ini menyebabkan bayi sukar menyusu payudara yang bengkak.
2. Lekapan yang tidak betul -lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dpt dikeluarkan dgn efektif dari payudara
3. Penyusuan/ time perah yang tidak betul -penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan. sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan bengkak
4. Tetapkan masa menyusu disetiap belah payudara -bayi perlu menyusu pada tiap belah payudara. kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dike…

Bentan Selepas Berkhatan? 10 Tips Penjagaan Luka Selepas Berkhatan

Assalamualaikum
Dah masuk cuti sekolah, cuti hujung tahun


Haa..nak tau tak apa aktiviti paling glamer sekali? Dah tentu kenduri kahwin dan tak lupa majlis berkhatan :-)



Tanpa panduan yang jelas atau penjagaan yang salah boleh menyebabkan luka berkhatan lambat sembuh. Tidak hanya penjagaan makanan, luka juga perlu dicuci, dibuka dan dipantau.


jom kita ketahui tips penjagaan luka selepas berkhatan
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam -ini penting untuk memantau agar luka tidak bentan, terkena jangkitan, bernanah dan keruping melekat
2. Luka berkhatan perlu dicuci -bersihkan daki atau darah beku, periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan
3. Ubat yang dibekalkan doktor -selalunya doktor akan memberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat untuk cuci -elakkan menyapu luka dengan minyak atau herba
4. Rasa ngilu pada bahagian tersebut adalah normal kerana ia bahagian sensitif dan sebelum ini ia ditutupi kulit tetapi kini ia telah terdedah. Rasa ngilu itu akan beransur hilang
5. Pa…

Peluh Berlebihan Dan Cara Mengatasi

Peluh berasal daripada darah dan ia mengandungi air dan natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuh yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian: Perpeluhan tidak sedar - Peluh sentiasa dihasilkan, tetapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.Perpeluhan nyata - Peluh terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila sejatannya terganggu.
Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan sesuatu yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal. Apatah lagi jika ia keluar ketika berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga. Sekiranya kejadian ini berlaku, peluh yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, kaki dan bawah lengan membuatkan individu tersebut merasa rendah diri dan menjauhkan diri untuk bergaul dengan o…

Bahaya Asap Rokok Kepada Kanak-Kanak

Sebatang rokok yang dibakar menandakan perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.


Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.
Menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS), juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan anggaran 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia terdedah kepada kesan asap rokok basi di rumah dan 31 peratus daripada kematian terkait kesan asap rokok basi terdiri daripada golongan ini. Kanak-kanak terutamanya lebih terdedah kepada kesan fizikal dan sosial akibat asap rokok kerana pada peringkat umur ini mereka sangat mudah berjangkit.
Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50 seminit. Ini bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yan…

Kenali Cyst Dan Bagaimana Mengatasinya Tanpa Melalui Pembedahan

Apa Itu Cyst ?
Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakan wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom atau gejala.  Ia hanya akan disedari apabila seseorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. Kehadiran cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan.

Antara simptoms-simptoms cyst adalah
1) Haid yang tidak teratur dan berpanjangan
2) Sakit perut
3) Sakit ketika hubungan kelamin
4) Perut membuncit
5) Pendarahan abnormal


Apakah punca cyst?        

1) Hormon Estrogen yang berlebihan
Cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda …

KULIT BEBAS JERAWAT IDAMAN SEMUA WANITA

JERAWAT!! OH TIDAK!!
Nak dapatkan kulit bebas jerawat semestinya rutin pembersihan yang bagus! 

Ketahui jenis kulit anda dan jenis produk yang hendak digunakan, penting bagi anda mengikuti rutin pembersihan yang bagus. Berapa kali sehari anda cuci muka? Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari - sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. 
Cuci pada waktu pagi: Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka sebaik  bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu: mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Haha😉  Berasa segar tentunya cara terbaik untuk memulakan hari anda.
Sekali lagi pada waktu malam: Dah cuci muka pada waktu pagi jadi mengapa perlu cuci lagi pada waktu malam? Sebabnya, untuk menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah. Ada…

TIPS CUCI MUKA DENGAN BETUL

Pernah tak terfikir selama ni betul atau tidak cara kita mencuci muka? Pernah tengok tutorial orang cuci muka atau cuci sesaja asal bersih. Jom ketahui bagaimana kita perlu cuci muka :-)1. Memilih pencuci muka yang sesuaiPertama kali, sebelum cuci muka, kena pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. 2. Skrub wajah dua kali seminggu Oleh kerana sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah. Untuk muka yang mudah merah, pilihlah skrub muka yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit muka menjadi lebih teruk 3. Cuci dengan air suam Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air …

Pengedar Shaklee Petrajaya

Assalamualaikum semua
Saya Noor Hasmah, Pengedar Sah Shaklee anda dengan ID 1104421
Saya tinggal area Matang dan bekerja di area Petrajaya
In shaa allah boleh buat cod untuk kawasan sekitar Kuching, Petrajaya, Matang, Batukawa dan Demak
Antara supplemen shaklee yang saya amalkan ialah Vitamin C dan Ostematrix
Tak boleh tanpa vitamin c..hehe
Sebabnya vitamin c lah cinta pertama saya pada shaklee

Sekiranya korang berada dalam kawasan saya dan memerlukan supplemen shaklee, cepat2 hubungi saya
saya sedia membantu
013-821-4890