Langkau ke kandungan utama

Bengkak Susu Sebabkan Kematian, Ketahui Apa Punca Ia terjadi


Pernah kena bengkak susu?

alhamdulillah, sepanjang 5 kali berpantang saya tak pernah kena bengkak susu. Dengar cerita bengkak susu boleh sebabkan demam malah lebih teruk boleh sebabkan kematian.


Sebelum tu nak tau apa punca -punca bengkak susu terjadi

1. Lambat memulakan penyusuan pertama
-selalunya ibu yang baru lepas beranak digalakkan terus menyusukan bayi. Ini kerana sekiranya lambat ia boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara dan ini menyebabkan bayi sukar menyusu payudara yang bengkak.

2. Lekapan yang tidak betul
-lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dpt dikeluarkan dgn efektif dari payudara

3. Penyusuan/ time perah yang tidak betul
-penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan. sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan bengkak

4. Tetapkan masa menyusu disetiap belah payudara
-bayi perlu menyusu pada tiap belah payudara. kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu

5. Terlupa sesi memerah
-kerana sibuk bekerja lupa aktiviti memerah juga menyumbang kepada masalah bengkak susu

6. Pam susu
-Menggunakan pam yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan susu bengkak kerana susu tidak dapat keluar dengan baik dari payudara

Apakah solution untuk mereka yang menghidapi masalah payudara bengkak?

*mandi air panas selama 15-20 minit. Buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.

*isi air panas dalam botol dan golekkan  dibahagian ketulan

*urut dari atas ke bawah, arah aerola diseluruh payudara

*urut/tuam pada payudara yang bengkak agar air susu dapat dileraikan dan kembali normal

*kerapkan penyusuan dan kerapkan sesi memerah 

*letakkan kobis pada payudara


Ini antara cara yang anda boleh ikut sekiranya menghidapi masalah payudara bengkak

selain itu anda juga boleh mencuba #lecithin shaklee


 Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat. Ini kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.
Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan. Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang laporan dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.

Jom tengok testimoni lecithin untuk masalah bengkak susu -;)
 

  

Untuk buat pesanan sila wasap.my/60138214890

#cod sekitar Kuching, Petra Jaya, Matang , Semariang dan Demak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar...