Langkau ke kandungan utama

Bentan Selepas Berkhatan? 10 Tips Penjagaan Luka Selepas Berkhatan

Assalamualaikum

Dah masuk cuti sekolah, cuti hujung tahun


Haa..nak tau tak apa aktiviti paling glamer sekali? Dah tentu kenduri kahwin dan tak lupa majlis berkhatan :-)



Tanpa panduan yang jelas atau penjagaan yang salah boleh menyebabkan luka berkhatan lambat sembuh. Tidak hanya penjagaan makanan, luka juga perlu dicuci, dibuka dan dipantau.


jom kita ketahui tips penjagaan luka selepas berkhatan

1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam
-ini penting untuk memantau agar luka tidak bentan, terkena jangkitan, bernanah dan keruping melekat

2. Luka berkhatan perlu dicuci
-bersihkan daki atau darah beku, periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan

3. Ubat yang dibekalkan doktor
-selalunya doktor akan memberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat untuk cuci
-elakkan menyapu luka dengan minyak atau herba

4. Rasa ngilu pada bahagian tersebut adalah normal kerana ia bahagian sensitif dan sebelum ini ia ditutupi kulit tetapi kini ia telah terdedah. Rasa ngilu itu akan beransur hilang

5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini supaya aliran darah tidak terganggu dan mendapat udara yang secukupnya. Ini juga membantu proses penyembuhan luka

6. Pastikan anak tidak baring sahaja sebaliknya galakkan mereka berjalan tetapi jangan terlalu lasak

7. Pastikan minum air yang cukup kerana air yang cukup adalah faktor penting penyembuhan luka

8. Jaga pengambilan makanan
-Ambillah makanan yang mengandungi protein, serat dan vitamin

9. Kebiasaannya luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda demam,nanah, sakit bengkak yang melampau, tak boleh kencing SILA BERJUMPA DOKTOR

10. Bergantung kepada teknik berkhatan, ada yang memerlukan rawatan susulan
-sekiranya jahitan konvensional tak perlu buka jahitan
-klamp - perlu jumpa doktor untuk buka
-gam - tak perlu jumpa doktor

Semoga bermanfaat untuk semua

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...