Langkau ke kandungan utama

Bahaya Asap Rokok Kepada Kanak-Kanak


Sebatang rokok yang dibakar menandakan perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.


Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.

Menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS), juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan anggaran 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia terdedah kepada kesan asap rokok basi di rumah dan 31 peratus daripada kematian terkait kesan asap rokok basi terdiri daripada golongan ini. Kanak-kanak terutamanya lebih terdedah kepada kesan fizikal dan sosial akibat asap rokok kerana pada peringkat umur ini mereka sangat mudah berjangkit.

Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50 seminit. Ini bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa. 


Perlu ambil tahu bahawa apabila seorang perokok itu merokok, kesan -kesan nikotin masih terlekat pada kulit, baju, bangku, sofa , langsir dan dalam kereta walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok. Apa yang lebih teruk, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok basi adlah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini menandakan asap rokok lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri.

Antara kesan asap rokok kepada bayi dan anak kecil

1. Potensi kematian mengejut
-kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok. Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan kompilasi lain.

2. Masalah saluran pernafasan
-Hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

3. Serangan lelah
-Selain faktor genetik dan persekitaran, kanak-kanak yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok berkemungkinan besar menghidap lelah berbanding kanak-kanak yg tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok. Apa yang menyedihkan terdapat kajian yang menyatakan bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dpt memberi kesan 100% kepada pesakit lelah.

4. Menjejaskan perkembangan IQ anak
-Menurut data American For Non Smoker Right, kesan asap rokok boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ini dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

5. Penyakit lain yang lebih serius
-Jangkitan telinga, saluran pernafasan, telinga bernanah dan inflamasi pada tengah telinga antara penyakit yang boleh dihidapi akibat kesan asap rokok.  Selain itu, mereka juga terdedah kepada masalah radang paru paru dan yang lebih menyedihkan mereka juga berpotensi menghidap penyakit seperti pneumonia.

Ambil peduli! Percaya atau tidak kita semua adalah perokok iaitu " Perokok Ketiga"

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri

Perokok kedua atau pasif adalah mereka yang mengidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama

Perokok Ketiga pula adalah mereka yang terdedah kepada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

AMBIL TAHU DAN AMBIL PEDULI

Sayangi anak anak kita dan orang yang kita sayang

Sekiranya anda perokok tegar sila ubah tabiat hidup anda.

Nak cari vitamin untuk perokok jom baca kat sini 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...