Langkau ke kandungan utama

KULIT BEBAS JERAWAT IDAMAN SEMUA WANITA




JERAWAT!! OH TIDAK!!

Nak dapatkan kulit bebas jerawat semestinya rutin pembersihan yang bagus! 


Ketahui jenis kulit anda dan jenis produk yang hendak digunakan, penting bagi anda mengikuti rutin pembersihan yang bagus. Berapa kali sehari anda cuci muka? Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari - sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. 

Cuci pada waktu pagi:
Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka sebaik  bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu: mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Haha😉  Berasa segar tentunya cara terbaik untuk memulakan hari anda.

Sekali lagi pada waktu malam:
Dah cuci muka pada waktu pagi jadi mengapa perlu cuci lagi pada waktu malam? Sebabnya, untuk menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah. Adakah anda terdedah kepada pencemaran? Adakah anda memakai mekap? Adakah anda sering menyentuh muka anda, yang mendedahkan kulit anda kepada lebih banyak bakteria dan kotoran? Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit anda sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan? Memang tak sanggup!

Elakkan juga daripada mencuci secara berlebih-lebihan!
Hanya kerana kotoran dan minyak boleh terkumpul pada kulit tidak bermakna anda perlu mencuci muka berkali-kali. Kecuali disarankan oleh doktor, mencuci lebih daripada dua kali sehari tidak disyorkan. Ini boleh menanggalkan minyak semula jadi yang penting daripada muka anda. 

Mengapa ini tidak baik? Sebabnya, muka anda memerlukan sedikit minyak untuk kekal sihat dan lembap. Jika kulit anda terlampau kering, badan akan cuba mengatasinya dengan mengeluarkan lebih banyak minyak - yang boleh membawa kepada lebih banyak jerawat! 



Kunci kepada amalan pembersihan yang baik - dan kulit bebas jerawat - tentulah keseimbangan. So, cucilah muka berpada-pada okay!

Sekiranya anda ingin kan supplemen tambahan saya sangat syorkan set cantik shaklee pada anda. Biar cantik dalaman dan cantik luaran sekali.

Apa yang ada dalam set kecantikan kulit Shaklee? 

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel





Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
 
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat


So, apa tunggu lagi?

cepat-cepat order set kecantikan shaklee dari saya dengan menghubungi 013-8214890

noor hasmah

#pengedarsahshaklee


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...