Langkau ke kandungan utama

Kenali Cyst Dan Bagaimana Mengatasinya Tanpa Melalui Pembedahan


Apa Itu Cyst ?

Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian Cyst adalah yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakan wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom atau gejala. 
Ia hanya akan disedari apabila seseorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. Kehadiran cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan.


Antara simptoms-simptoms cyst adalah
1) Haid yang tidak teratur dan berpanjangan
2) Sakit perut
3) Sakit ketika hubungan kelamin
4) Perut membuncit
5) Pendarahan abnormal


Apakah punca cyst?        

1) Hormon Estrogen yang berlebihan
Cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan kemandulan. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2) Lambakan xenoestrogen dalam badan.Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Nak tahu dari mana datangnya xenoestrogen ini?
– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3) ObesitiLemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan radang yang tinggi dalam badan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4) GenetikJika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apakah Rawatan yang boleh dilakukan?
Apabila seseorang telah disahkan oleh doktor menghidapi Cyst, maka doktor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut bagi mengetahui tahap dan saiz Cyst dan dimana kedudukan cyst berada. Kebiasaanya jika saiz Cyst berukuran di bawah 5cm, doctor tidak akan melakukan pembedahan tetapi akan memberi ubat untuk mengecilkan Cyst dan menghalang pembesaran Cyst.

Tetapi Jika cyst semakin membesar dan tidak mengecil serta menyebabkan pendarahan yang berterusan, maka pembedahan adalah pilihan terakhir yang diberikan oleh doktor. Sekiranya anda telah disahkan mempunyai cyst yang bersaiz besar, maka pembedahan perlu dilakukan segera untuk mengeluarkannya.

Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama sama dengan cyst. Apa-apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dulu.
Bagaimana Set Shaklee Dapat Membantu Merawat Cyst Tanpa Perlu Buat Pembedahan

Kenapa tak cuba set ni dulu sebelum fikir untuk buat pembedahan?  Kita hanya berusaha dan selebihnya biar Allah yang tentukan. Walaubagaimanapun nasihat doktor tetap diperlukan. Jangan sebarangan.


Dengan pengambilan anti-oksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam tubuh kita. Apa vitamin anti-oksidan? Dengan pengambilan Vitamin A (Carotomax), Vitamin C dan Vitamin E yang merupakan anti-oksidan yang berkesan, maka badan kita dapat menentang radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, semuanya dengan izin Allah.

Selain itu, Vivix yang memang terkenal dengan keajaibannya juga adalah bersifat anti-oksidan yang sangat tinggi malah Vivix juga berupaya untuk memperbaharui sel dan memperbaiki sel badan kita yang telah rosak.

Gla Complex juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengecutkan cyst. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.

Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat membantu mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus membantu merawat masalah cyst anda.


Pernah tak berlaku Cyst dah kecut tapi aktif membesar semula ? 
Untuk mengelakkan ketumbuhan ini aktif membesar semula, pengambilan Vitamin A, C dan E (Caratomax, Vitamin C & Vitamin E) perlu diteruskan untuk menyekat cyst aktif semula. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel tidak baik ini hidup semula. Oleh itu amalan gaya hidup sihat janganlah di abaikan.

Jom kita lihat antara testimoni mereka yang telah mengamalkan shaklee





Apa tunggu lagi? Cepat cepat buat pesanan :-)

Hubungi saya pengedar sah shaklee anda

013-8214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar...